Halaman

Khamis, 24 November 2011

Planet Nibiru

Menyirap pulak bila baca pasal Planet Nibiru tu. Ade yg percaye lak tu. Ni aku nak cakap sikit. Kajian kate, planet tu akan melintasi orbit bumi dalam beberapa ratus tahun disebabkan diameter orbitnya yg sngat besar n bersilang dengan orbit planet lain dalam sistem suria termasuk bumi.....


Laluan orbit Planet Nibiru bersilang dengan orbit planet yang lain.




Gambaran perlanggaran Nibiru dan Bumi


cbe bayangkan, setiap planet mesti mempunyai sebuah bintang untuk dia mengelilinginya, contoh termudah, bumi yang mengelilingi bintang nya iaitu matahari, planet pula berputar disebabkan oleh graviti kutub bintangnya yang sentiasa berputar sekaligus mengekalkan kedudukannya dalam bentuk elips atau bujur.....tetapi, semakin jauh jarak sebuah planet dngn bintng nya, gravitinya semakin lemah....so, x mungkin ade planet yg diameter orbitnya terlalu-lalu bsar seperti yg dijangkakan oleh nasa mngenai orbit nibiru....kalau ada pun, dimanakan duduknya bintg untuk planet tersebut mengelilinginya..?? adaka ianya kedua terdekat selepas matahari, bintang Proxima Centauri, yang jaraknya lebuh kurang 4.2 tahun cahaya bermaksud 400000000000000 km dari bumi...kalau dikira, itu baru radius bagi orbit nibiru, jadi diameter nibiru berdasarkan jarak yg diberikan ialah 8.4 tahun cahaya atau 800000000000000 km....ianya 300000 kali ganda lebih besar daripada orbit planet neptune yg pling jauh dri matahari cuma 279000000 km sahaja



Planet Neptune yang dikira sebagai planet paling jauh sekaligus mempunyai orbit paling besar dalam sistem suria kini kelihatan kecil apabila dibandingkan dengan orbit Planet Nibiru. Amat mustahil ada bintang yang memunyai kekuatan graviti sekuat ini memegang planet yang begitu jauh .

Rabu, 23 November 2011

Novel.....

Sedih sangat because tak dapat jumpa Kak Enni lagi. Last meet masa Jamuan Akhir Tahun PSS. Hari tu pula hari Jumaat, nak kena balik awal sikit sebab nak kena bersiap untuk Solat Jumaat. Time nak keluar dari PSS tu masa nak balik, aku nak menangis pulak. Tahan je. Kalau ada siapa-siapa nampak aku time tu, muka aku masam sikit. Hahaha..... Tiba-tiba Kak Enni tegur aku dekat pintu PSS tu. Dia tanya, nak bawak balik limau sikit. Aku cakap boleh la. Tunggu la dulu dekat luar PSS tu. Bila dia keluar, nak bagi limau tu, dia senyum dekat aku. Aduuuhhh....teringat pulak masa kitorang mula-mula jumpa. Senyuman tu masih sama macam masa aku mula-mula kenal Kak Enni. And senyuman tulah yang buatkan kitorang berkenalan sampai sekarang. Balik nanti, aku nak siapkan satu novel pasal aku and Kak Enni. (Bawah ni covernya asal.Tak tahulah kalau ada perubahan sikit nanti.)


Aku pun tak tahu bila nak siap sebab pendrive aku haritu corrupt. Habis semua file hilang. Kena la format balik. Hilang semua manuskrip novel tu and dokumen-dokumen aku semua termasuk satu folder yang aku simpan segala gambar-gambar Kak Enni (hehe...).... Tapi manuskrip lama tu pun bukannya banyak sangat pun aku siapkan. Tak lebih tiga muka surat pun, hahaha.... Tapi tak apa, kalau novel dah siap, aku announce dekat korang........

Rabu, 8 Disember 2010

Motor rosak.....

Uish...gilo betul tadi. Mak aku nak kelaur pergi Simpang 4 nak tukar kasut adik, aku pulak nak cuba la startkan enjin motor. Hehe, aku kalau sehari tak start enjin motor tu tak boleh. Kalau dah start enjin, apa lagi, merayap la jawabnya nanti. Tapi tu dah mak aku nak guna moto, kene la kasi. Tapi, masa aku cuba startkan enjin, aduh, dah nak hidup dah enjinnya, mati pulak. Aku cuba start balik, tiba-tiba dia tersekat. Aku ingatkan problem biasa sebab motor tu memang selalu meragam sebab dah lama tak di servis. Aku cuba start lagi sekali, tersekat jugak, aku bagitahu mak aku suruh dia yang start pulak, pon sama jugak keadaannya. Alamak, kena la tolak moto tu sampai ke bengkel. Lagipun memang moto tu nak dihantar ke bngkel dulu sebab brek kaki nya rosak, tapi brek depan ok lagi. Bila dah betulkan brek baru la mak aku pergi Simpang 4. Tapi sekarang ni motor pon tak boleh start, nak buat macam mana. Tak jadi lah pergi Simpang 4. Nasib baik bengkel tak jauh sangat. Penat menolak motor tadi dapat la jugak dilepaskan dengan berehat-rehat kejap dekat warung yang ditutup sebelah bengkel tu. Tengah rilek-rilek, nampak Ali dekat rumah dia. Bengkel tu sebenarnya depan rumah Ali jer. Dia sengih-sengih dekat aku. Ceh. Lama jugak dia membetulkan motor tu. Yang peliknya masa dia repair motor tu, ekzos moto tu keluar asap berkepul-kepul. Pelik la kan, motor Modenas mana ada keluar asap macam tu dari ekzos. Nak tahu dia betulkan macam mana...?? Dia masukkan air. Eh pelik la aku. Lepas tu dia press minyak takde lagi dah asap. Fulamak...!!! Terer betul. Lepas siap repair, kitorang nak balik, tapi mak aku ajak isi minyak kejap. Ye tak ye jugak kan. Dia repair tu bukannya takde start enjin. Ada. Tapi kalau start enjin aje takpe. Ni dia press minyak kuat-kuat. Mana minyak cepat habis. Dah la haritu isi minyak sikit jer. So kitorang pergi la isi minyak. Then, on the way nak balik, tiba-tiba hujan. Alamak...!!! Bukan main laju jugak la aku bawak motor tadi. Hampir-hampir nak terlanggar kereta Avanza Ustzh Suzana dekat depan aku. Tapi aku tahu, itu takkan terjadi. Orang pro la weh...!! Ceh berlagak pulak aku ni....Ok la...aku nak layan Facebook pulak...bubye.....