Halaman

Isnin, 26 Mei 2014

Saya Anak Sulung KMKt

Assalamualaikum...

Rasa macam dah lama sangat tak update entry dalam blog ni..
Okay, aku nak cerita sikit...

Setelah menimba pengalaman mencari rezeki bersama abah selama 5 bulan, akhirnya aku mendapat tahu yg aku telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Kelantan.

Okay, first impression aku bila dapat tahu pasal tawaran ni...
"Kenapa Kelantan..??!!! Kenapa kau 'Kementerian kasi tempat jauh gila bak hang...."

Itu yang aku rasa nk luahkan dari hati aku.

Setelah di psycho oleh keluarga, mak usu, acik...dan berfikir panjang, lebih2 lagi lepas dapat tahu yang UPU aku dapat Dip. Kimia Perindustrian dkat UiTM kampus Arau, Perlis, aku buat keputusan untuk pergi ke matrik.

Sebab apa..??

Sebab, tempoh pengajian aku dekat matrikulasi cuma setahun, tapi diploma tu tIga tahun. Orang selalu cakap kalau matrik yang dua tahun pon boleh jimat masa untuk ke degree, inikan lagi kalau aku dapat setahun. Susah..?? Susah tu dah memang la susah, semua belajar mmg la susah, kalau senang buat apa belajar lagi kan...tapi susah cuma setahun je,,actually tak genap setahun, 10 bulan je kalau tolak cuti semua bagai..kejap je kan...tapi kena pulun habis la..tak boleh main2...

Macam2 jugak lah dugaan yang datang bila aku nak ke matrik ni. Dan terima kasih la buat keluarga yang selalu bagi support, tolong uruskan mcm2 masa aku nak ke matrik ni. Terima kasih buat mak dan abah yang tak pernah berhenti sokong abang.

Sehari sebelum lapor diri ke KMKt...pergi melawat kolej dulu...
Pagar depan KMKt
"Kolej Matrikulasi Kelantan"
Ni masa hari lapor diri...jalan depan pagar masuk utama kolej jammed..sebab parent pelajar perempuan ramai sangat.
Tempat aku. Katil dan meja belajar.
Pandangan dari jauh, Dewan Ibnu Yunus.