Halaman

Rabu, 26 Disember 2012

Segalanya berkaitan Torrent

PERHATIAN. BACA SEMUA YANG TERTULIS DALAM ENTRI NI KALAU KORANG NAK BETUL-BETUL FAHAM. KALAU VIDEO PON, VIDEO LAH. KALAU TAK JADI, JANGAN SALAHKAN AKU

Sebelum tu, korang kena tahu istilah-istilah yang digunakan dalam Torrent ni.
Seeders : Individu yang mempunyai 100% fail yang diperlukan dan berkongsi fail tersebut dengan memuat naik sepenuh masa.
Leechers : Individu yang mementingkan muat turun daripada berkongsi dengan memuat naik.

Torrent ni sebenarnya perkhidmatan perkongsian fail, macam 4shared. Dalam masa yang sama kita muat turun, kita berkongsi fail tersebut dengan orang lain yang turut memuat turun fail yang sama. Tetapi, perkhidmatan Torrent memuat turun fail dalam satu cara, fail dipecah-pecahkan kepada bahagian-bahagian dan muat turunnya bukan mengikut susunan pecahan fail. Senang cerita macam ni, contoh korang download perkataan SELAMAT dari Torrent, Torrent akan mencari server terdekat yang mempunyai, kalau dapat huruf T dulu yang dia jumpa, T yang yg dimuat turun dulu, lepastu mungkin L, mungkin lepastu A..bukan macam muat turun biasa yang memuat turun ikut susunan fail, macam S dulu, lepastu E, lepastu L, leapstu A, M, A, dan T.. senang cerita, korang tengok video ni


Selalu orang tanya aku macam mana nak guna torrent...ni dia aku ajar.. mula-mula :-

1. Firstly, korang kena ada torrent client, client ni macam download manager la. Torrent ada banyak cilent, contoh, uTorrent, BitTorrent dan sebagainya. Tapi yang aku biasa guna uTorrent. Klik disini untuk memuat turun uTorrent.



2. Muat turun fail pemasangnya dan install seperti software biasa.

3. Lepas tu, cari fail .torrent yang korang nak download tu, contoh korang nak download album artis, taipkan nama album tu, dan tambahkan nama torrent dibelakangnya. Atau senang cerita korang bole cari fail torrent tu di laman kat.ph. Klik disini utk pergi ke laman kat.ph

Cari fail .torrent di Google
Cari fail .torrent di laman kat.ph
4. Untuk tutorial ni, memandangkan korang pun beginners dalam torrent ni, aku gunakan laman kat.ph untuk memudahkan korang. Pilih fail torrent yang korang nak download tu, pastikan seeders jangan sampai 0. Klik pada nama fail tersebut untuk muat turun.


5. Selepas klik, satu page memaparkan senarai fail yang korang bakal muat turun nanti, klik pada button "Download Torrent". Selepas itu, satu fail akan dimuat turun yang mempunyai sambungan belakang .torrent. Fail itu penting untuk memuat turun album yang korang nakkan tadi.
Muka muat turun

Pengesahan muat turun dari Firefox.

Fail sedang dimuat turun.
Klik kanan, dan klik "Open Containing Folder" untuk mengetahui kedudukan fail tersebut, (jika perlu.)
6. Selepas itu, buka program uTorrent, dan klik pada barisan atas, kiri sekali "Add Torrent"
Kilik "Add Torrent" untuk memulakan muat turun.
Dialog box yang meminta anda tentukan dimana fail .torrent tadi disimpan. Buka fail .torrent yang dimuat turun tadi.
Box yang menunjukan informasi berkenaan fail yang ingin dimuat turun. Jika selesai, Klik "OK" pada hujung kanan box itu.
Muat turun dimulakan
7. Selepas muat turun selesai, anda akan melihat tanda "Seeding" pada status muat turun, ini kerana anda telah menjadi 'Seeders' dan mempunyai 100% fail tersebut. Anda boleh berkongsi fail tersebut dengan menjadi 'Seeders' nya tetapi itu memerlukan sambungan internet yang berterusan. Anda boleh mengklik "Stop" untuk menghentikan 'seeding'.
uTorrent menyatakan anda sedang 'seeding' fail tersebut.
Klik "Stop Torrent" untuk menghentikan 'seeding'.
Muat turun selesai.
Klik kanan padanya dan klik "Open Containing Folder" untuk membuka folder yang mengadungi fail yang anda muat turun tadi.
Selesai. Windows memaparkan folder yang mengandungi fail yang anda muat turun tadi.

Selesai. Jika ada sebarang masalah, hubungi saya di Facebook, atau emel di mzulfiqor@yahoo.com.my