Halaman

Rabu, 16 Julai 2014

Pandangan Orang Terhadap Minat Muzikal

Hai, assalamualaikum...saya dah lama berfikir nak update blog tapi masih memikirkan apa topik saya nak bincangkan..memandangkan saya dalam kesibukan menanti maklum-balas kertas kerja kelab saya, jadi entri kali ni saya nak bercerita tentang minat kita terhadap sesuatu muzik...

Okay, sebelum tu saya nak beritahu, entri kali ni bukan bantahan terhadap sesiapa okay, bukan saya tak puas hati dengan sesiapa then saya tulis dekat blog, bukan macam tu...ini cuma pendapat saya, terhadap apa yang berlaku pada saya.

Saya pelik kenapa rakan-rakan saya selalu memperlekeh kan satu band ni, saya mention disini bukan nak kutuk, tapi saya sendiri peminat IamNeeta...bukan setakat minat biasa, but saya sendiri boleh kata terlalu minat juga terhadap band ni. Tapi saya pelik rakan-rakan saya selalu perlekehkan, kata IamNeeta ni macam tu la, macam ni la....

Bagi saya, band ni sangat unik, sebab dia mcm ada ciri 1Malaysia tu la.. (saya kata 1Malaysia tak bermaksud saya ni orang politik okay..) Saya minat sebab gabungan mereka. Dan kelainannya timbul bila saya meminati kesemua ahli band ni, tak seperti band lain yang saya minat, saya akan minat dan fokus pada satu-satu ahli band tu yang memainkan sebuah instrument (seperti saya, saya minat gitar jadi saya akan fokus pada gitaris dia saja) tapi tidak pada IamNeeta. Meminati band ni yang membuat kan saya ingin belajar bermain instrument lain seperti bass dan keyboard selain gitar akusik dan elektrik.

Saya minat Anas sebab kehebatan dia bermain bass, malah dia pernah beri sedikit nasihat pada saya mengenai perbezaan P-Bass dan J-Bass di Instagram.



Saya minat Patrick sebab kehebatan dia bermain gitar, dan aksessori gitar dia. Malah, gambar-gambar pedal dan pedalboard dia di Instagram menjadi rujukan bagi saya sekiranya saya bercadang nak membeli effect pedal bagi gitar.




Dan akhir sekali Neeta, saya kagum dengan dia sebab dia boleh bermain gitar sama ada right-handed atau left-handed. Satu kebolehan yang mungkin tak semua pemain gitar boleh ada. Dia juga boleh bermain keyboard, salah satu instrument yang saya plan nak belajar tapi tak tahu lagi bila..hahaha.

Sebab minat saya terhadap band ni, saya banyak save video-video mereka antaranya, cover-cover lagu yang NAR Records upload ke YouTube, muzik video mereka dan macam.

Cover lagu Red oleh Taylor Swift yang dimainkan oleh IamNeeta


Aksi Patrik sewaktu memainkan solo lagu Red

Cover lagu Hanya Kau Yang Mampu oleh Aizat

Cover Relakan Jiwa oleh Hazama

Patrik menggunakan Wah-wah pedal dalam cover Relakan Jiwa

Satu part riff yang saya rasa cool dalam cover Relakan Jiwa..haha

Ada rakan saya yang komen terhadap video cover mereka yang NAR Record muat naik tu, kata vokal Neeta tu tak sesuai nyanyi lagu ni, lagu tu, lagu ni.

Saya mula berfikir, Najwa Latif tu dulu sebelum dia muat naik video di YouTube, dia pilih dulu ke lagu yang sesuai dia nyanyi? Kalau ikut kesesuaian saya rasa takkan video dia sampai begitu banyak. Macam juga Ainan Tasneem, dan juga artis yang dikesan melalui YouTube ni, sehingga nama mereka naik di Malaysia ni.

Sebagai contoh, ada rakan saya yang komen mengenai cover IamNeeta, lagu Red oleh Taylor Swift. Kalau kata vokal Neeta tak sesuai nyanyi lagu tu, kenapa cover tu mendapat undian yang begitu banyak untuk mereka dipilih sebagai opening act bagi Taylor Swift Red Tour MY sedangkan saya rasa ada beberapa kumpulan band yang menyertai membuat cover tu pon tak terpilih walaupun band lain tu lebih kelihatan professional berbanding IamNeeta yang baru bertapak di industri muzik Malaysia. Dapat buat persembahan diatas pentas yang sama dengan artis antarabangsa.

Saya tahu saya masih baru lagi dalam perkara ni, saya baru setahun lebih dalam perkara sebegini, ada rakan saya yang lebih hebat daripada saya, tahu pelbagai teknik dan rules dalam muzik apa semua, naib presiden kelab saya lagi. Bila dia bercakap tentang muzik saya jadi segan, sebab saya serba kekurangan berbanding dia.

Tapi saya disini cuma menyatakan pendapat saya..mereka kata orang ni macam ni, orang tu macam ni, tapi boleh ke mereka ni capai pencapaian seperti orang yang mereka judge ni..??

Saya juga selalu baca update terkini dan bertanya soalan dalam group di FB, 'Peminat dan Pemilik Gitar Fender (Malaysia)' walaupun saya belum memiliki sebuah gitar Fender original, tapi saya dibenarkan mengikuti group tu untuk menimba ilmu dan berkongsi pendapat dengan abang-abang gitaris yang hebat-hebat, dan adayang pernah berkata pada saya

"Bila membincangkan isu tone/sound ianya terpulang kepada pemuzik itu.. kalau bagi dia tone/sound itu yang sedap itulah dia.. walaupun peralatanya murah. Dalam teknologi bunyi terlalu banyak perkara yg berkaitan.. gitar, effect, amp, jack cable, pick gitar, semua memainkan peranan.. jadi macam mana tone yang seseorang tu suka itu lah dia tone yang terbaik"

Saya sangat setuju dengan pendapat dia. Disini saya faham, seorang pemuzik tu perlu ada ciri dan karekter mereka masing-masing. Tak semestinya kita nak bangun, kita kena 100% tiru dan bergantung pada cara orang lain. Jadi dalam kes ni, saya sangat meminati IamNeeta kerana keunikan mereka, dan rakan-rakan saya tak sepatutnya judge IamNeeta dengan kritikan dan komen buruk sebab itu ciri mereka. Kalau tak suka, tak perlu sampai komen macam tu, perlekehkan macam tu. Sedangkan minat mereka saya tak pernah perlekehkan.


Mereka seperti terlalu membandingkan kehebatan artis Malaysia dengan artis luar. Saya rasa lebih baik banggakan artis di negara sendiri, bila ditanya sekurang-kurangnya saya dapat banggakan negara sendiri berbanding negara orang.

Saya tahu, saya ni banyaknya kekampungan, saya malu asalnya dengan kawan-kawan yang tahu dan kenal dengan pelbagai artis antarabangsa yang lain berbanding saya. Tak macam saya, kalau tengok koleksi lagu saya yang artis luar, banyaknya lagu Miley Cyrus, Hannah Montana, Billy Ray Cyrus, Taylor Swift (tu pon tak banyak), dan beberapa band di Amerika lain yang mungkin jarang disebut. 

Tapi macam kata-kata abang dari group di FB tu, setiap pemuzik ada cara dan minatnya masing-masing...tak perlu memperlekehkan minat orang lain sebab itu boleh dikategorikan sebagai tak menghormati pendapat dan minat seseorang.

Isnin, 26 Mei 2014

Saya Anak Sulung KMKt

Assalamualaikum...

Rasa macam dah lama sangat tak update entry dalam blog ni..
Okay, aku nak cerita sikit...

Setelah menimba pengalaman mencari rezeki bersama abah selama 5 bulan, akhirnya aku mendapat tahu yg aku telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Kelantan.

Okay, first impression aku bila dapat tahu pasal tawaran ni...
"Kenapa Kelantan..??!!! Kenapa kau 'Kementerian kasi tempat jauh gila bak hang...."

Itu yang aku rasa nk luahkan dari hati aku.

Setelah di psycho oleh keluarga, mak usu, acik...dan berfikir panjang, lebih2 lagi lepas dapat tahu yang UPU aku dapat Dip. Kimia Perindustrian dkat UiTM kampus Arau, Perlis, aku buat keputusan untuk pergi ke matrik.

Sebab apa..??

Sebab, tempoh pengajian aku dekat matrikulasi cuma setahun, tapi diploma tu tIga tahun. Orang selalu cakap kalau matrik yang dua tahun pon boleh jimat masa untuk ke degree, inikan lagi kalau aku dapat setahun. Susah..?? Susah tu dah memang la susah, semua belajar mmg la susah, kalau senang buat apa belajar lagi kan...tapi susah cuma setahun je,,actually tak genap setahun, 10 bulan je kalau tolak cuti semua bagai..kejap je kan...tapi kena pulun habis la..tak boleh main2...

Macam2 jugak lah dugaan yang datang bila aku nak ke matrik ni. Dan terima kasih la buat keluarga yang selalu bagi support, tolong uruskan mcm2 masa aku nak ke matrik ni. Terima kasih buat mak dan abah yang tak pernah berhenti sokong abang.

Sehari sebelum lapor diri ke KMKt...pergi melawat kolej dulu...
Pagar depan KMKt
"Kolej Matrikulasi Kelantan"
Ni masa hari lapor diri...jalan depan pagar masuk utama kolej jammed..sebab parent pelajar perempuan ramai sangat.
Tempat aku. Katil dan meja belajar.
Pandangan dari jauh, Dewan Ibnu Yunus.