Halaman

Rabu, 8 Disember 2010

Motor rosak.....

Uish...gilo betul tadi. Mak aku nak kelaur pergi Simpang 4 nak tukar kasut adik, aku pulak nak cuba la startkan enjin motor. Hehe, aku kalau sehari tak start enjin motor tu tak boleh. Kalau dah start enjin, apa lagi, merayap la jawabnya nanti. Tapi tu dah mak aku nak guna moto, kene la kasi. Tapi, masa aku cuba startkan enjin, aduh, dah nak hidup dah enjinnya, mati pulak. Aku cuba start balik, tiba-tiba dia tersekat. Aku ingatkan problem biasa sebab motor tu memang selalu meragam sebab dah lama tak di servis. Aku cuba start lagi sekali, tersekat jugak, aku bagitahu mak aku suruh dia yang start pulak, pon sama jugak keadaannya. Alamak, kena la tolak moto tu sampai ke bengkel. Lagipun memang moto tu nak dihantar ke bngkel dulu sebab brek kaki nya rosak, tapi brek depan ok lagi. Bila dah betulkan brek baru la mak aku pergi Simpang 4. Tapi sekarang ni motor pon tak boleh start, nak buat macam mana. Tak jadi lah pergi Simpang 4. Nasib baik bengkel tak jauh sangat. Penat menolak motor tadi dapat la jugak dilepaskan dengan berehat-rehat kejap dekat warung yang ditutup sebelah bengkel tu. Tengah rilek-rilek, nampak Ali dekat rumah dia. Bengkel tu sebenarnya depan rumah Ali jer. Dia sengih-sengih dekat aku. Ceh. Lama jugak dia membetulkan motor tu. Yang peliknya masa dia repair motor tu, ekzos moto tu keluar asap berkepul-kepul. Pelik la kan, motor Modenas mana ada keluar asap macam tu dari ekzos. Nak tahu dia betulkan macam mana...?? Dia masukkan air. Eh pelik la aku. Lepas tu dia press minyak takde lagi dah asap. Fulamak...!!! Terer betul. Lepas siap repair, kitorang nak balik, tapi mak aku ajak isi minyak kejap. Ye tak ye jugak kan. Dia repair tu bukannya takde start enjin. Ada. Tapi kalau start enjin aje takpe. Ni dia press minyak kuat-kuat. Mana minyak cepat habis. Dah la haritu isi minyak sikit jer. So kitorang pergi la isi minyak. Then, on the way nak balik, tiba-tiba hujan. Alamak...!!! Bukan main laju jugak la aku bawak motor tadi. Hampir-hampir nak terlanggar kereta Avanza Ustzh Suzana dekat depan aku. Tapi aku tahu, itu takkan terjadi. Orang pro la weh...!! Ceh berlagak pulak aku ni....Ok la...aku nak layan Facebook pulak...bubye.....

Selasa, 7 Disember 2010

Family

Kadang-kadang aku tak faham dengan keluarga aku ni. Ni dah masuk akhir tahun mak pulak dah sibuk memotong kain untuk baju sekolah adik. Maklumlah, mak aku tu suka menjahit.Haritu mak aku asyik marah aje. Dia suruh sidai kain. Dia cakap dekat aku perlahan sangat. Aku ingatkan dia cakap dengan aku, aku pun tanye nak sidai baju ni dekat mana, sebab ampaian rumah aku tu ada banyak, tapi dia diam je. Aku fikir balik, mak cakap dengan orang lain kot. So, aku tak sidai la baju tu. Lepastu dia datang balik marah-marah. Dia marah, katanya, tak dengar ke mak suruh sidai kain ni. La...rupanya memang betul la dia akap dengan aku. Malas lah nak cakap apa-apa, karang dikira melawan pulak. Lepas tu ditambahnya lagi nak beli barang sekolah umtuk adik-adik. Mak ada la tanya barang asrama dengan skola nak beli sekali ke ? Aku cakap tak payah dulu la, lagipun aku belum tahu lagi dapat tawaran duduk dekat Sabak Bernam tu lagi ke tak. Yang tu pun aku risau jugak. Kalau tak dapat tawaran lagi, mana lah aku nak sekolah karang. Taknak la jadi macam adik aku tu. Masa dia nak masuk Ting.1, orang dah start belajar dah, yang dia tak sekolah-sekolah lagi. Dah nak pertengahan tahun rasanya baru dapat sekolah. Tu pun sekola dekat SMK Telok Gadong area rumah aku tu. Sebelum dapat sekolah dekat situ dia dapat sekola dekat sekolah agama sekat Cheras sana. Tak sampai sebulan lebih macam tu dia keluar dari sekolah tu kata tak best la. Yang abah pulak tension dengan keeja dia tu. Katanya JVC Manufacturing tu nak keluarkan kamera video model baru. Yang bestnya dapat la aku merasa kamera video baru tu nanti. Abah tu kan kamcing dengan manager tempat dia kerja tu. Yang aku peliknya, Jvc tu kalau tak silap baru je keluarkan kamera video model baru, kameranya ada abah simpan tapi dah ak keluar model baru lagi. Takpela. Tapi kamera yang abah simpan tu best siot. Full HD CMOS 1920X1080, AVCHD, OIS( Optical image Stabilizer) & macam-macam lagi lah. Abah cakap berapa ribu entah kamera tu. Kamera tu kamera pertama yang ada dekat Malaysia ni. Abah cakap kamera tu JVC buat untuk diexport ke US dengan Jepun kalau tak silap aku. Sebab tu kamera tu tak ada jual dekat Malaysia. Kalau ada model kamera baru nak kluar, mesti la ada habuannya untuk abah aku. Ye la, ni model baru nak keluar tu staff lain mana buat kerja, semua nya bapak aku je yang buat. Kalau gaji naik sikit, boleh la bodek abah suruh upgrade Astro B.yond tu jadi Astro B.yond PVR. Boleh record cerita yang best-best. Hmm...ok la...aku stop sini dulu...bye.....