Halaman

Rabu, 8 Disember 2010

Motor rosak.....

Uish...gilo betul tadi. Mak aku nak kelaur pergi Simpang 4 nak tukar kasut adik, aku pulak nak cuba la startkan enjin motor. Hehe, aku kalau sehari tak start enjin motor tu tak boleh. Kalau dah start enjin, apa lagi, merayap la jawabnya nanti. Tapi tu dah mak aku nak guna moto, kene la kasi. Tapi, masa aku cuba startkan enjin, aduh, dah nak hidup dah enjinnya, mati pulak. Aku cuba start balik, tiba-tiba dia tersekat. Aku ingatkan problem biasa sebab motor tu memang selalu meragam sebab dah lama tak di servis. Aku cuba start lagi sekali, tersekat jugak, aku bagitahu mak aku suruh dia yang start pulak, pon sama jugak keadaannya. Alamak, kena la tolak moto tu sampai ke bengkel. Lagipun memang moto tu nak dihantar ke bngkel dulu sebab brek kaki nya rosak, tapi brek depan ok lagi. Bila dah betulkan brek baru la mak aku pergi Simpang 4. Tapi sekarang ni motor pon tak boleh start, nak buat macam mana. Tak jadi lah pergi Simpang 4. Nasib baik bengkel tak jauh sangat. Penat menolak motor tadi dapat la jugak dilepaskan dengan berehat-rehat kejap dekat warung yang ditutup sebelah bengkel tu. Tengah rilek-rilek, nampak Ali dekat rumah dia. Bengkel tu sebenarnya depan rumah Ali jer. Dia sengih-sengih dekat aku. Ceh. Lama jugak dia membetulkan motor tu. Yang peliknya masa dia repair motor tu, ekzos moto tu keluar asap berkepul-kepul. Pelik la kan, motor Modenas mana ada keluar asap macam tu dari ekzos. Nak tahu dia betulkan macam mana...?? Dia masukkan air. Eh pelik la aku. Lepas tu dia press minyak takde lagi dah asap. Fulamak...!!! Terer betul. Lepas siap repair, kitorang nak balik, tapi mak aku ajak isi minyak kejap. Ye tak ye jugak kan. Dia repair tu bukannya takde start enjin. Ada. Tapi kalau start enjin aje takpe. Ni dia press minyak kuat-kuat. Mana minyak cepat habis. Dah la haritu isi minyak sikit jer. So kitorang pergi la isi minyak. Then, on the way nak balik, tiba-tiba hujan. Alamak...!!! Bukan main laju jugak la aku bawak motor tadi. Hampir-hampir nak terlanggar kereta Avanza Ustzh Suzana dekat depan aku. Tapi aku tahu, itu takkan terjadi. Orang pro la weh...!! Ceh berlagak pulak aku ni....Ok la...aku nak layan Facebook pulak...bubye.....

Tiada ulasan: