Halaman

Sabtu, 23 Oktober 2010

Apakah makna semua ini, Lady Gaga.....??

Lepas aku baca mastika psal Lady Gaga, terus aku terfikir....mungikn btol gak ape yang diorang cakap...cube korang tengok screenshot music video terbaru Lady Gaga dibawah ni ni....atau klik disini untuk melihat music video itu.
Apakah maksud disebalik tarian ini....???
Untuk apa dibawa heksagon dan piramid tu?
Kawad kaki tentera Nazi German
Lambang Anti-Christian

Lambang Anti-Christian
Lady Gaga menutup sebelah mata melambangkan All Seeing Eye yang merupakan lamabang Dajjal

Lady Gaga menutup sebelah mata dan Anti Christian
Lambang Dajjal

Wang kertas USD 1 juga terdapat lambang Dajjal
Renungkanlah..........

Isnin, 11 Oktober 2010

Back to Hostel

Aduh...balik asrama lagi. Kalau Ikutkan aku tak nak balik asrama tu. Kene buat itulah, inilah. Orang suruh buat itulah, inilah. Lagi-lagi nak berdepan dengan budak-budak at sekolah.(Aalah pasal clash tu.) Diorang tu kan cam ber'geng'. Takut jugak aku. Nanti nampak aku je, kutuk2 aku. Kalau kutuk aku je tak ape, kalaw diorang serang aku.....???? Aaarrrggghhhhh taknak........tak sanggup aku........!!!!!!!!!!!

Cerita C I N T A aku.

Dah lame aku tak update blog ni. Kepala aku pening sangat. Nak fikirkan pasal exam akhir tahun la, pasal perempuan la, itu la, ini la. Baru-baru ni, aku baru je, eh berapa banayak baru la. Ok la sambung cerita, aku baru je clash ngan seorang budak perempuan ni. Senang cerita aku bagi kod nama. Budak yang aku clash tu A1.  Dulu pulak aku ade couple dengan seorang perempuan ni (N1). Perempuan ni yang aku tak boleh lupe sampai sekarang. Itulah punca aku clash dengan A1 tu. Aku start fall in love dekat N1 mase awal bulan 3 macam tu la. Aku waktu tu berharap sangat yang dia dapat balas cinta aku pada dia. Apa yang kawan-kawan aku cakap pasal dia aku ambil peduli. Punyalah berharap gila time tu. Tau-tau je dia couple dengan kawan aku ni, A2. So aku jadi sedih la. Rasa macam dipermainkan pun ada. Pasal gaya dia macam nak sangat perhatian dari aku, so aku pun fikir dia syok at aku. Lepas aku dapat tahu yang dia couple dengan A2, itupun kawan A2 yang bagitahu aku, aku fikirkan budak tu cuma nak kenakan aku. Tapi rupa-rupanya betul. So aku tak nak la paksa dia. Dia ada hak nak memilih siapa pilihan hati dia. Lepas tu si A2 ni jumpa aku, dia tanye dekat aku, betul ke aku nak sangat N1 tu, aku pun rasa serba salah sebab aku taknak rosak pulak hubungan N1 ni dengan A2.Tapi peluang dah datang, tapi cover-cover la sikit kan. Takkan terus cakap "Nak, nak!". Apalah. Lepastu abg angkat dia jumpa aku, rupanya senior hostel aku sendiri. Dia tanya betul ke aku minta couple dengan N1? Aku cakap la betul. Dia kata nak tolong aku. Aku punya happy time tu. Selang beberapa hari macam tu la, ada budak kelas aku ni diorang ********(tak dapat diceritakan kerana boleh menjatuhkan air muka orang lain.)*******. Lepas tu si N1 ni bengang. Dia tanya aku macam-macam pasal tu. Tiba-tiba pulak masa tengah SMS pasal hal tadi tu, dia masuk pasal couple ni pulak. Dia tanya aku, nak tak yang dia terima aku...? Aku pun taknak la jual mahal sangat. Tapi aku fikirkan juga risikonya kalau aku couple dengan dia. Aku ni bukan macam kebanyakan lelaki, bila clash aje, macam takde apa-apa yang jadi. So faham-faham la. Aku pun cakap la, aku taknak nanti jadi macam lelaki lain yang pernah dia couple. Dia marah. Rasa cam kena hina la pasal kawan-kawan aku yang benci dia pun kata macam (lebih kurang ye, bukan sebji macam kawan aku cakap) tu. Aku pun minta maaf. Dan mulai saat itulah aku rasa akulah orang paling bahagia dalam dunia ni. Aku ingat lagi tarikh dan masanya. 9.30 pm, 29.5.2010. Setelah berbulan-bulan, akhirnya aku dapat apa yang aku nak. Aku couple dengan dia lebih kurang nak sebulan macam tu rasanya. Tiba-tiba pula satu hari ni dia minta clash pasal ada masalah sikit. Aku dah agak dah yang benda ni akan berlaku. Tapi aku buat tak layan SMS dia yang minta clash tu. Tapi dia tanya jugak, terpaksa aku turutkan. Macam yang pernah aku katakan dekat dia dulu, apa yang dia nak, kalau aku boleh tunaikan, aku tetap akan tunaikan. Aku tanyalah, kalau masalh dia tu dah selesai, boeh ke kita couple balik. Jawabnya Insyaallah. So haritu, kitorang clash. Tarikh dan masanya aku taknak ingat pasal buat aku sedih. Isk isk isk...tengok dah nangis dah...ceh. Malam tu aku bersedih je. Lepas beberapa bulan tu, aku tanyakan balik pasal masalah tu. Dia kata entah. Tapi bila aku cakap yang aku masih sayangkan dia, dia cakap berhenti berharap pada dia. Dia kata dia tak boleh bagi apa yang aku nak dan dia kata anggap apa yang jadi antara aku dengan dia cuma sebuah kesilapan. KESILAPAN...??? Itu yang aku bengang sikit tu. Dia anggap hubungan aku dengan dia tu kesilapan. Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan, tibalah bulan Ramadhan yang mulia. Bulan tu jugalah bulan paling aku sedih. Kawan baik N1 (A1) rasa bersalah sebab simpan perkara ni dari aku. Dia pun bagitahu aku yang A1 ni dah couple pula dengan M1. Ya Allah. Macam nak pengsan aku time tu. Mujur aku tak pengsan aje. Macam nak luluh jantung, tapi tak luluh. Aku rasa Allah aje yang tahu persaan aku time tu. Balik dari sekolah, aku tahan dari menangis sebab taknak kawan-kawan lain tanya. Malam tu, nak solat Isya', aku menagis sepuas-puasnya. Sejak hari tu aku nakkan masa untuk tenangkan fikiran. Sampai dekat sekolah pun aku nagis lagi. Tapi cover-cover la. Mana taknya, nampak muka dia pula, orang tengah nak lupakan apa yang dia buat sekat kita, tiba-tiba nampak muka dia, lagi la teringat pasal tu. Dalam masa yang sama pula aku mula ada perasaan pada kawan baik N1 ni, A1. Aku boleh ada perasaan pada orang lain waktu tu sebab aku berusaha keras untuk lupakan N1. Biarlah dia bahagia walaupun bukan disisi aku. Minggu terakhir nak Raya tu aku couple pula dengan A1 ni. Bahagia juga la. Waktu tu juga, baru aku sedar yang aku tak boleh lupakan N1. Jadi, perasaaan pada N1 tu datang balik dan perasaan pada A1 ni makin pudar. (Minggu ni, 9.10.2010) Pastu balik ni rumah ni, aku dah cakap A1 yang aku tak boleh SMS sangat dengan dia. Aku banyak kerja nak buat. Tambah lagi time free aku, aku taknak diganggu. Sabtu lepas, ada orang SMS aku tak tahu siapa, time free pula tu, tiba-tiba rasa bosan sangat. Tanya la, siapa yang SMS aku ni. Dia cakap dia kawan N1(tapi kelas lain, bukan A1). Dia tanya la pasal perasaan aku pada N1. Memang bagus betul, time pun aku rasa aku perlukan seorang kawan untuk luahkan perasaan. Aku ceritalah semuanya. Tiba-tiba satu SMS ni dia balas lambat sangat. Lepas tu dapat la reply SMS dia. Dia buat pengakuan, yang dia bukan kawan N1, tapi kakak A1 ni. Aku terperanjat gila time tu. Alamak kantoi sudah. Kakak dia kata, kalau betul aku tak boleh nak terima A1 lagi, lepaskan ajelah A1. Aku pun tak kisah pasal aku taknak seksa A1 dengan perangai aku ni. Start from that moment aku clash dengan A1...................................................Kalau boleh lepas ni aku taknak couple dengan sesiapa sampai lah lepas PMR. Biarlah kita jeles tengok orang couple. Asalkan kita tak terjebak dengan masalah lagi buat masa ni. Lagipun aku masih ada kakak dan adik angkat aku yang masih menyokong aku. To my sisters, thank you because supporting me. Kalau ada yang terasa atau watak dia memang ada dalam post ni, aku minta maaf, aku cuma luahkan isi hati aku je. To N1, goodluck, I wish your relationship with M1 will last till forever, asalkan kau bahagia walaupun bukan disis aku. Biarlah orang kata aku ni macam pungguk rindukan bulan....aku peduli apa. Eh...... nak menyudahkan post ni pon macam-macam lagi nak diceritakannya. OK lah..bubye, aku nk tidur, dah nak kul 4.30 pagi ni........