Halaman

Sabtu, 2 November 2013

Sweetest 2009-2013

Hari-hari yang aku takutkan kini dah tiba. Hari yang aku fikirkan yang mungkin aku takkan tempuhi sekarang ni dah aku alami. Aku tak sangka yang aku bakal meninggalkan STARP. Aku tak sangka aku bakal meninggalkan AYSSB. Dua buah institusi ni la dulu yang asalnya aku tak nak masuk, duduki dan terlibat. Tapi sekarang ni dah terpahat dalam hati aku. Sekarang ni dah berbekas dalam diri.

Banyak perkara yang awesome terjadi pada diri aku sejak aku tinggal di Sabak Bernam ni. Sejak aku tinggal di Sabak Bernam ni, aku kenal dengan kawan yang lebih mengenali aku berbanding kawan sewaktu sekolah rendah, aku kenal besties aku (Haikal Emir, Wan, Atina Hanis, Eiqbal, Ipin, Aizat, Fathini and many more) aku kenal Kak Enni@Edot, my first adopt kesayangan, aku kenal dengan Farahanis, aku kenal Budak Comel kesayangan aku iaitu Fariz@Ayish dan aku kenal Kak Fara a.k.a KM+KC kesayangan aku  dan budak batch 99 aspuri yang sporting dengan aku

They're the most awesome people in my life. Sayang sangat dengan kau orang. Seronok dapat kenal kau orang. Tapi sayangnya, setiap pertemuan itu ada perpisahan. Sedar tak sedar, aku dah masuk tingkatan 5, tingkatan terakhir aku, dan tahun terakhir aku di Sabak Bernam ni. Aku rasa betul cikgu-cikgu cakap, zaman persekolahan merupakan zaman yang paling kita akan rindukan walaupun kita da masuk alam kolej yang mungkin lebih menyeronokkan. Rasa macam baru saja aku kenal dengan Sabak Bernam ni. Seseorang pernah pesan dekat aku, "yang bila kita dah masuk fasa terakhir sesuatu perkara dalam hidup, kita akan selalu terkenangkan waktu awal-awal, mula-mula kita kenal perkara tu". Memang betul tu, itulah yang terjadi pada aku.


Sayang sangat nak tinggalkan kawan-kawan, classmates. Waktu belajar dekat IPT nanti dah tak ada waktu macam tu. Waktu dah belajar dekat IPT nanti mesti dah susah nak jumpa. Waktu masuk IPT nanti masing-masing dah bawa haluan sendiri. Sayang sangat nak tinggalkan cikgu-cikgu yang selalu ajar kami, cikgu yang sporting, cikgu yang memahami kita orang dan ramai lagi.

Baru-baru ni, berlangsungnya STARP's Form 5 2013 Farewell Gathering pada 30 Oktober yang lalu. Kawan-kawan minta aku buat persembahan memandangkan aku dah pandai main gitar. Aku tak banyak fikir, memandangkan ini tahun terakhir aku, aku tak kisah la. Nak malu apa kan, dengan kawan-kawan sendiri. Paling tak pun aku popular kan..?? Hahahaha....But, tanpa aku jangka, Hasanal pun nak buat persembahan yang sama, dan aku pun serta sekali dengan dia orang. Kita orang buat ala-ala band gitu, siap dengan dram dan macam-macam. Memang serius aku cakap, seronok gila bila dapat rapat dengan dia orang. Dia orang sporting gila-gila. Kadang-kadang macam gila-gila perangai tapi seronok sangat. Impian aku nak main dalam band pun tercapai jugak.

My first ala-ala band team yang buat persembahan tu.
Sayangnya, benda macam tu pun ada penamatnya jugak. Lepas habis majlis tu, tak ada lagi rehearsal malam-malam, jamming gila-gila, memekak malam. Rindu pulak dengan momen tu semua. Dan sekarang ni, kami semua, Batch 0913 STARP dan terutamanya AYSSB sedang berjuang untuk peperangan paling besar kami, iaitu SPM. Kawanku, jangan lupa doakan aku. Cikgu, halalkan semua ilmu yang cikgu beri pada saya. Adopt, sayang korang semua, doakan saya juga. Hope all of this memory will not fade through time pass between us.