Halaman

Sabtu, 27 November 2010

My Story 2

Haritu aku online Facebook. Lepas tu aku ternampaklah ada N1 activity post dekat News Feed. Aku tengok dia dah tukar gambar profil, so aku pun terus ke profil dia nak tengok gambar baru dia. Kalau nak ke gambar friend kita tu kan kena pergi dekat wall dia dulu. Lalu ternampak lah sebuah activity post yang tertulis "N***** mempunyai hubungan dengan M******** *******". Terperanjat aku lepas baca post tu. Nampaknya hubungan diorang masih kekal lagi sampai sekarang. Sedih pun ada jugak masa baca post tu. Yela, siapa tak jelous kalau orang yang dia cintai tu dah jadi milik orang lain. Kalau ikutkan memang aku nak usahakan balik, nak dapatkan dia, tapi aku tahu perkara tu takkan berjaya. Lagipun aku taknaklah rosakkan hubungan diorang, nanti orang lain kata aku ni perampas pulak. Lagi2 budak2 Aspuri. Diorang tu kan ramai yang anti dengan dak YS. Kalau ada budak Aspuri yang tengah baca post ni, jangan terasa pulak, jangan marah ye. Kalau memang korang anti dengan dak YS baru boleh terasa. Malam tadi, dalam pukul lapan macam tulah, aku ade dapat mesej. Aku tengok sender dia N1. Ya Allah, berderau darah aku tengok tiba2 aje dia send mesej dekat aku. Aku pun sampai baca Bismillah masa nak baca mesej tu minta2 benda yang la. Sekali aku baca, korang semua nak tahu apa yang dia send at aku, dia tanya

Nama : *** ******
Nombor Tel : ************
Mesej : KO CPE?
Masa : 26/11/2010, 7:53 PM

Ya Allah.....dia tanya aku siapa. Nampaknya dia betul-betul dah lupakan aku. Sampai no. phone aku pun dia dah delete. Sedih aku bila baca dia tanya macam tu. Sebenarnya semalam aku ada dapat mesej, macam ni mesejnya (nombornya terpaksa aku rahsiakan.)


Name: -
Nombor: +601*9*24490
Mesej : Bca dgn teliti:
ALLAH, AKU CINTAI KAU DN AKU PERLUKAN KAU..DATANGLAH KE HATIKU..(krmkn pd 10 org dn lihat keajaiban mlm ini..tlg jgn delete.ia bnr-bnr trjdi. Ini sms dr ibu ALI SAID-juru kunci sayyida Makkah yg b'mimpi b'temu RASULULLAH S.A.W.. Bliau b'psn (KUATKAN AQIDAH DLM IBADAH KERNA DUNIA INI SDH TUA DN GOYAH). Sbrkn sms ini ke 10 muslim. Insya Allah,dlm wktu 10 hr akn dpt rezeki bsr dn jika tdk disebar tunggulah kesulitan yg tiada henti...
Masa : 24/11/2010 11:56 PM


Lepas tu aku pun foward mesej ni dekat kawan2 termasuklah si dia. Lepastu dia reply mesej yang tanya aku siapa tu. Bila aku fikir-fikirkan, boleh la aku wish birthday dekat dia sebab mula nya aku malu nak wish dekat dia. Lagipun nanti dia tak tahu siapa. Takkan nak wish dekat Facebook, nanti dia tahu aku yang wish, karang teruk aku kena marah dengan dia. Masa dia dapat tahu yang aku masih ada perasaan pada dia tu pun dia marah sangat sebab aku dah sakitkan hati kawan dia (A1. Dua hari lepas tu. Malamnya, aku tak sabar nak wish birthday dekat dia. Aku send mesej ni

Nama : *** ******
Nombor : ************
Mesej : epi b'day...hope dpt jd org yg first wish at ko........
Masa : 27/11/2010 12:16 AM

Aku kata macam tu sebab aku nak buat macam dia yang pernah buat dekat aku. Dulu masa birthday aku tahun ni, dialah orang yang pertama wish birthday dekat aku. Sambung cerita. Oh ye, hari aku publish post ni hari birthday dia. Lepastu dia reply


Nam : *** ******
Nombor: ***********
Mesej : cpe neyh??urm..anyway,thankz a lot..
Masa : 27/11/2010 12:17 PM

Aku dah agak dah. Dia masih tak tahu siapa yang mesej dia ni. Tak apa lah. Biarlah dia tak ingat siapa aku ni. Nanti ganggu hubungan dia dengan pakwe dia pulak.

Jumaat, 26 November 2010

My Story......

Petang ari tu aku kemas-kemaskan barang aku, terjumpalah surat lama dari N1. Lepas tu aku terjumpa nama aku dengan tulisan tangan dia sendiri. Dalam hati aku time tu ada la sikit gembira sebab itu je la kenangan aku dengan dia waktu kami couple dulu. Entah kenapa entah time tu dia buatkan aku nama tu. Tapi aku memang suka kalau dia mcam ni, suka ambil hati orang. You always in my heart. I will never stop praying for your hapiness with your spouse.

Khamis, 18 November 2010

Cuti Akhir Tahun

Yes...akhirnya cuti akhir tahun tiba juga. Aku pun tak tahu nak buat apa. Buat aje la aktivit yang paling aku gemari, surf internet. Hahahaha. Tapi kalau hari surf internet je bosan jugak nanti. Aku pun minat jugak tangkap gambar. Tapi aku risau macam mana nak dapatkan komputer yang pakai Pentium Dual Core. Aku nak install Muvizu, nak siapkan animation yang aku dah plan awal-awal tu. Pastu boleh main game Prototype. Kalau nk senang beli je la kan. Tapi mana nak dapat duit. Tu je masalahnya.