Halaman

Ahad, 22 Disember 2013

Menyanyi - Rindu - Dendam - Sayang ??????? Apa Citaaaaa..???

Hye people..welcome back. Since a long time I didn't update my blog entry, so I have a lot of stories to tell. But I worry I do have enough time to write all of it. So, I'm gonna share you a storiy of mine that might interesting-you think, if don't please get out from my blog.

Aku suka menyanyi. But suara aku taklah semerdu Shila Amzah gitu. I just sing for have some fun. But song that I sing is depend to my mood during that time. Kalau aku rasa kecewa, hampa, down or apa-apa yang berkaitan, aku akan nyanyi lagu yag berkaitan dengannya-tapi selalunya waktu aku bad mood aku jarang menyanyi, selalunya aku akan jadi pendiam.

For me, each song has it own story. Lyrics that've been written tells us about the emotion of the writers during that time. Jadi, bagi aku, setiap lagi tu ade mood yang tersendiri. Bila aku menyanyi satu lagu, aku turut akan masuk keadalam mood lagu tersebut. Jadi, itu sebab lagu yang aku selalu nyanyikan berubah mengikut mood.

Nak dijadikan cerita, waktu ni aku still dekat asrama lagi. Aku pinjam MP3 kawan aku. Aku cuma On kan Shuffle biar semua lagu dalam MP3 tu dipilih secara rawak. Tiba-tiba, giliran sebuah lagu ni dimainkan. Nak tahu lagu apa ? Alyah - Tak Mingkin Kerna Sayang. Aku jadi tertarik dengan satu rangkap ni yang mungkin menunjukan mood aku waktu tu. Liriknya macam ni...

Sekali sekala ada
Ada rindu yang datang tiba-tiba
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Ya...mungkin aku rindukan seseorang. Orang tu satu dorm dengan aku. Junior aku, dan dia adalah Capital D. Yaa, ex-adopt aku tu dulu. Tapi aku rindukan dia bukan sebab aku still sayangkan dia, waktu tu aku dah benci dia dan aku dah pun declare dengan Capital F a.k.a BC. Aku sayangkan BC dan dia juga la dulu sebenarnya yang aku nak adoptkan before aku carikan pengganti BC 'konon' nya. Tapi bila aku dengan BC, aku rasakan situasi yang terlalu berlainan dengan situasi aku dengan Capital D. Waktu tu pun aku ada sedikit hal dengan BC yang berpunca daripada orang lain. Mungkin itu sebab aku tiba-tiba rindukan Capital D dalam waktu aku sayangkan BC.

But, in the same time, I'll never forget what he have done to me before. Aku jadi berdendam dengan dia sebab perkara yang dia dah buat dekat aku selama ni. Serious talk, if I got a chance to take revenge on him, I'll do it. Aku peduli apa if his family are alim and warak, tapi apa guna kalau family alim tapi perangai dia jahatnya, hmmmm, Allah saja yang tahu. Betul cakap bestie aku, "For what we've work so hard just to take care of someones heart if he don't care ours??" Tak guna jaga hati seseorang kalau orang tu langsung tak pernah fikirkan hati kita.

Jadi, waktu tu, apa yang aku memang nakkan sejak aku Form 4 dah pun tercapai walaupun I've achieved it a little bit late and sort of problems come with it, tapi aku tak kisah. Aku sayangkan BC sangat-sangat. Biarkan orang nak kate macam gay ke apa, yang penting aku tak songsang macam yang diaorang kata dan sebab diaorang mungkin tak pernah alami apa masalah yang aku hadapi. Dan kalau aku songsang macam tu, macam mana aku boleh ade adopt perempuan dan macam mana aku boleh luahkan hati dekat seorang perempuan yang aku suka dekat dia baru-baru ni..?? Think by yourself. Don't say a sentence to a people if dont experience what they had experience.

So, mungkin itu sahaja cerita aku kali ni. So, goodbye, see you soon.

Sabtu, 2 November 2013

Sweetest 2009-2013

Hari-hari yang aku takutkan kini dah tiba. Hari yang aku fikirkan yang mungkin aku takkan tempuhi sekarang ni dah aku alami. Aku tak sangka yang aku bakal meninggalkan STARP. Aku tak sangka aku bakal meninggalkan AYSSB. Dua buah institusi ni la dulu yang asalnya aku tak nak masuk, duduki dan terlibat. Tapi sekarang ni dah terpahat dalam hati aku. Sekarang ni dah berbekas dalam diri.

Banyak perkara yang awesome terjadi pada diri aku sejak aku tinggal di Sabak Bernam ni. Sejak aku tinggal di Sabak Bernam ni, aku kenal dengan kawan yang lebih mengenali aku berbanding kawan sewaktu sekolah rendah, aku kenal besties aku (Haikal Emir, Wan, Atina Hanis, Eiqbal, Ipin, Aizat, Fathini and many more) aku kenal Kak Enni@Edot, my first adopt kesayangan, aku kenal dengan Farahanis, aku kenal Budak Comel kesayangan aku iaitu Fariz@Ayish dan aku kenal Kak Fara a.k.a KM+KC kesayangan aku  dan budak batch 99 aspuri yang sporting dengan aku

They're the most awesome people in my life. Sayang sangat dengan kau orang. Seronok dapat kenal kau orang. Tapi sayangnya, setiap pertemuan itu ada perpisahan. Sedar tak sedar, aku dah masuk tingkatan 5, tingkatan terakhir aku, dan tahun terakhir aku di Sabak Bernam ni. Aku rasa betul cikgu-cikgu cakap, zaman persekolahan merupakan zaman yang paling kita akan rindukan walaupun kita da masuk alam kolej yang mungkin lebih menyeronokkan. Rasa macam baru saja aku kenal dengan Sabak Bernam ni. Seseorang pernah pesan dekat aku, "yang bila kita dah masuk fasa terakhir sesuatu perkara dalam hidup, kita akan selalu terkenangkan waktu awal-awal, mula-mula kita kenal perkara tu". Memang betul tu, itulah yang terjadi pada aku.


Sayang sangat nak tinggalkan kawan-kawan, classmates. Waktu belajar dekat IPT nanti dah tak ada waktu macam tu. Waktu dah belajar dekat IPT nanti mesti dah susah nak jumpa. Waktu masuk IPT nanti masing-masing dah bawa haluan sendiri. Sayang sangat nak tinggalkan cikgu-cikgu yang selalu ajar kami, cikgu yang sporting, cikgu yang memahami kita orang dan ramai lagi.

Baru-baru ni, berlangsungnya STARP's Form 5 2013 Farewell Gathering pada 30 Oktober yang lalu. Kawan-kawan minta aku buat persembahan memandangkan aku dah pandai main gitar. Aku tak banyak fikir, memandangkan ini tahun terakhir aku, aku tak kisah la. Nak malu apa kan, dengan kawan-kawan sendiri. Paling tak pun aku popular kan..?? Hahahaha....But, tanpa aku jangka, Hasanal pun nak buat persembahan yang sama, dan aku pun serta sekali dengan dia orang. Kita orang buat ala-ala band gitu, siap dengan dram dan macam-macam. Memang serius aku cakap, seronok gila bila dapat rapat dengan dia orang. Dia orang sporting gila-gila. Kadang-kadang macam gila-gila perangai tapi seronok sangat. Impian aku nak main dalam band pun tercapai jugak.

My first ala-ala band team yang buat persembahan tu.
Sayangnya, benda macam tu pun ada penamatnya jugak. Lepas habis majlis tu, tak ada lagi rehearsal malam-malam, jamming gila-gila, memekak malam. Rindu pulak dengan momen tu semua. Dan sekarang ni, kami semua, Batch 0913 STARP dan terutamanya AYSSB sedang berjuang untuk peperangan paling besar kami, iaitu SPM. Kawanku, jangan lupa doakan aku. Cikgu, halalkan semua ilmu yang cikgu beri pada saya. Adopt, sayang korang semua, doakan saya juga. Hope all of this memory will not fade through time pass between us.


Jumaat, 30 Ogos 2013

Lebih Baik Mati Kalau......

Lebih baik mati kalau hidup diberi kesenangan tapi tak nak menghargai
Lebih baik mati kalau hidup dikasihi tetapi mengambil kesempatan
Lebih baik mati kalau hidup disayangi tetapi tikam belakang
Lebih baik mati kalau hidup ditolong tetapi tak pernah nak berterima kasih
Lebih baik mati kalau hidup selalu mendatangkan masalah pada orang
Lebih baik mati kalau hidup terlalu nakkan kebebasan
Lebih baik mati kalau hidup taknak terkongkong langsung walau sedikit pun
Lebih baik mati kalau hidup tak nak pernah diuji langsung
Lebih baik mati kalau hidup tahu nakkan kebahagaiaan yang melampau
Lebih baik mati kalau hidup terlalu pentingkan diri sendiri
Lebih baik mati kalau hidup tak nak maafkan orang
Lebih baik mati kalau hidup asyik nak maki orang
Lebih baik mati kalau hidup tak pernah nak menghargai orang yang menyayanginya
Lebih baik mati kalau hidup asyik nak ikut KEPALA KAU JE!!!

Bukan nak sindir atau apa, siapa makan cili terasa pedasnya. Kalau tak pernah buat salah dengan salah dengan saya tak perlu risau apa-apa. Tapi jangan ambil hati kepada mereka yang terasa, ini sekadar nasihat. Dengan cara ini sahajalah saya boleh menasihati saudara. Fikir-fikirkanlah.....

Jumaat, 26 Julai 2013

#5BestFriendsThatILoveTheMost


Haha, aq dah lama sangat, sangat, sangat, sangaaaaaat aku tak update blog aku ni. Okay, sekarang ni, macam yang tertulis dekat title entry ni sekarang ni aku nak cerita.

___________________________________________________________


1. Haikal Emir

Haha, dia ni bestie yang paling aku sayang. Aku tak tahu macam mana nak cerita dari mana friendship kitorang mula, even though kita orang dah kenal since Form 1, tapi aku rasa kita orang mula rapat gila-gila sejak akhir Form 3. Kia orang makin lagi rapat bila masuk Form 4 dan kongsi minat yang sama, iaitu fotografi. Haha, aku ni tak berduit sangat, so aku selalu pinjam DSLR dia untuk merasa juga benda-benda macam ni. Walaupun kita orang tak sekolah di sekolah yang sama - I mean dia sekolah dia SUA, aku kan STARP - tapi kitorang rapat sangat dekat asrama. Most of the time, most of activity i'm do together with him. We're alreay like brothers. Hahaha .Kita orang pon menjawat dalam biro yang sama dalam pengawas dekat AYSSB. Tapi dia ketua biro, aku ni penolong ketua biro jer. Even kita orang hampir gaduh besar sebab aku marah kenapa Cikgu Nazri lantik aku jadi Penolong Ketua Biro dalam Biro Informasi dan Multimedia AYSSB, but at last aku sedar rupanya dia terasa, then aku sendiri minta maaf dekat dia. Aku pun tak nak friendship kita orang broken cuma sebab jawatan tak guna tu. Kita orang pon selalu share cerita macam-macam. Kalau lepas balik asrama tu, tak sah kalau tak bersembang. Hahaha. Dia pun selalu share dengan aku pasal teknologi, komputer n gajet-gajet ni. Means, kita orang have a lots of common. Haikal je la kawan lelaki aku yang always faham masalah aku. Dia selalu nasihat juga macam-macam, pernah nampak aku menangis sebab hal family and hal personal. Dia jugak orang yang paling aku percaya dekat asrama tu.

Time ni nak pergi Seminar PMR AYSSB.
Jamuan akhir tahun AYSSB 2012
Kita orang jadiOrientasi Pelajar Tingkatan 1 RKPYS Fasa 1 2013
Ni la kerja dia selalu....haha
Nak pergi AYSKL, Festival Sukan Yayasan Selangor 2012
Last hangout at 2012
Gambar candid sewaktu perlantikan Pengawas AYSSB 2013


2. Wan Nursharah Atikah

Haha, jangan ingat aku cuma kawan dengan budak-lelaki saja tahu. Wan ni, aku mula kenal waktu Sukan Tahunan Yayasan Selangor 2011, dan kita orang mula rapat waktu Aktiviti Selepas PMR YS; Kem Bestari Bahasa Inggeris YS 2011. Wan ni boleh kira sebagai kaunselor aku la. Bukan main rajin lagi dia menghantar flyers dekat aku even though sekolah kita orang merentas dua or tiga daerah di negeri Selangor ni, haha. Aku pun selalu jugak share cerita-cerita dengan dia ni. Selalunya cerita yang melibatkan perempuan la, sebab aku selalu tanya opinion dia kalau pasal benda-benda macam ni. Yelah, dia kan perempuan, so mesti la dia faham benda-benda macam ni. Aku pun bukan cerita pasal perempuan jer, boleh kata aku dengan Wan ni pun macam aku dengan Haikal. Kalau kita orang hangout sama-sama, bercerita macam-macam. Kalau dia da call aku, macam-macam kitorang cerita. Paling sekejap duration call kita orang kalau dah start bercerita tu minimum 1 jam, hahaha. Paling teruk pun, Wan pernah dengar aku menangis jelah, pasal time tu tengah on the phone dengan dia, cerita pula pasal problem aku. Dia pun dah selalu dengar celoteh aku, masalah aku, dan macam-macam la. Wan ni pun seorang pendengar yang setia, dia tak cepat bosan kalau sesorang tu tengah bercerita dekat dia. Dia akan dengar sampai habis dulu apa yang orang tu akan cakap, then lepas tu kalau dia nak bantah ke, nak bagi opinion ke, dia akan suarakan selepas orang tu habis bercerita.

Hangout 2012....junior dia semua cakap aku handsome gila bila Wan tunjuk gambar ni.
Hangout 2012......




3. Fathini Hadheera


Hahaha, budak ni pulak antara bestie aku yang paling muda. Aku dengan dia ni beza 3 tahun. Kenal pun baru tahun lepas, itu pun start rapat dekat Twitter, hahaha, dia ni antara TwitterBestie aku la jugak. Budak ni pun selalu kena 'tenging' dengan aku, hahahahahaha. Si Thini ni pun antara my ultimate counselor. Hahaha, aku selalu share problem aku dengan dia. Tahun ni aku rasa aku paling banyak share masalah dekat dia. Dia pun bagi semangat dekat aku jugak untuk teruskan hidup ni. Haha, biasalah kan, sometimes, problem leads us to do something beyonds the limits kan. Hahaha, entahlah. Thini ni banyak tolong aku macam-macam. Tolong selesaikan masalah aku, bagi kata-kata semangat dan macam-macam lah. Kadang-kadang aku rasa macam banyak sangat terhutang budi dengan Thini, sebab dia tolong aku perkara yang aku rasa penting bagi aku. Kalau kau baca entry ni, Thini, thanks a lot tahu untuk semua yang kau buat.

4. Fakhrul Arifin.


Hahaha, nama glamour dia ni, Ipin. Ipin ni lak selalu teman kan jugak la. Kadang-kadang kalau si Haikal tak ada dekat asrama, aku cari si Ipin ni. Haha, tapi dia ni gatal sikit la. Suka mengurat perempuan. Sampai Syahira Idayu pun asyik-asyik kirim salam dekat si Ipin ni. Ipin ni pun antara pewaris aku dalam Biro Informasi dan Multimedia dekat asrama tu. Si Ipin ni, kalau baiknya, tak boleh nak gambarkan dengan kata-kata, kalau aku tumpang dia time balik dari asrama, sanggup tumpang kan aku dan turunkan aku depan rumah aku. Wah, kawan lain tak ada nak buat macam. But Haikal mesti la ada buat jugak, tapi aku cuma jarang tumpang Haikal. Hahahaha.


5. Aizat Shafei


Hahahahahahaha, dia ni pulak, nama glamour Megi. Si Aizat ni teman study Chemistry aku. Dekat asrama tu, From 5, ada beberapa orang yang top dalam subjek Chemistry ni, firstly aku, then Aizat, Abdul Hadi dan Aiman Syafiq. Selalunya kalau dia nak study Chemistry, aku la orang yang dia cari. Hahahahah, lawak jugak rasanya, macam la si Aiman tu tak boleh ajar dia, tapi Aizat cakap yang Aiman ajar laju. Hahaha, so maknanya cara aku lebih mudah difahami oleh dia. Hahahaha.






Fasilitator Orientasi Pelajar Tingkatan 1 RKPYS Fasa 1 2013.

So, tak kisah la macam mana rupa kawan aku, macam mana gaya kawan aku, apa jantina kawan aku, they're always be my best friend forever. Kawan tak mengenal rupa, kawan tak mengenal jantina, kawan mengenal taraf atau kekayaan. Kalau kita ikhlas berkawan dengan seseorang, kalau kita ikhlas menolong kawan-kawan, insyaAllah, Allah akan balas balik pada kita apa yang kita telah beri pada mereka. Pada aku, mereka ni semua bukan sekadar kawan biasa, but mereka ni merupakan sahabat terbaik yang pernah aku ada. Aku sayang korang semua.