Halaman

Ahad, 22 Januari 2012

Last Life Chapter in 2011 with Sabak Bernam.....

Lama betul aku tak update blog ni. Kali ni, cerita start masa cuti Deepavali tahun lepas. Kena balik lambat pula sebab ada English Camp dekat KKB ankuran YS. Mulanya aku rasa macam tak seronok. Tapi bila difikirkan balik,nanti mesti jadi macam Kem Khalifah tahun lepas, dekat KKB jugak. Mulanya aku menyumpah seranah Cikgu Nazri asrama tu sebab senaraikan aku untuk pergi Kem Khalifah. Tapi second day masa Kem Khalifah, aku dah rasa macam tak nak balik hostel. Seronok gila dekat sana. So, masa English Camp ni pun samalah. Dahlah semua pelajar Form 3 tajaan YS datang. Maknanya budak-budak asrama daerah seluruh Selangor datang. Fuh...memang ramai. Tapi aku dapat juga jumpa kawan sekolah rendah aku. Nazreen and Faiz. Habis kem, kitorang semua balik asrama. Tapi umah esok pagi. Yelah, dah tengah-tengah malam, takkan nak terus balik rumah. Esoknya, aku pun balik rumah. Tapi nenek aku pulak nak kena pergi Mekah, nak buat haji lagi katanya. Tapi aku pulak kena balik asrama awal sebab ada lawatan. Last-last bapak aku tak kasi balik langsung. Dia suruh balik cuti Raya Haji. Mak uih, lama tu. Lebih seminggi. Bapak aku pun cakap, dah habis exam, buat apa nak duduk dekat asrama tu lama-lama. Aku pun ikut jelah cakap bapak aku. Dah la aku cuti lebih dari seminggu. Cuti Raya Haji seminggu plus Cuti Deepavali seminggu. Pastu tambah dengan Sabtu Ahadnya lagi. Fuh, dua minggu lebih. Bila aku balik Asrama, tahu-tahu je budak-budak cakap aku ada ambil anugerah esoknya. Aku pun pelik, balik-balik terus dapat anugerah, memang best. Malam tu, bukan main semangat aku, baju sekolah yang baru basuh dari rumah aq terus keluarkan sebab nak iron cantik-cantik. Esok pagi seperti yang dijangkakan, aku bersiap awal sikit daripada budak-budak lain. Dah semnagat giler aku. Haha. Sekali masa tengah duduk-duduk tunggu nama aku dipanggil, rupanya Kak Enni ada kat depan aku. Dia pun ambil angerah jugak. Anugerah KoKurikulum. Dia tegur aku, "minggu depan ada jamuan akhir tahun PSS tahu. Jangan lupa datang". Lama betul tak dengar suara dia. Aku tanya hari apa, katanya hari Khamis. Aku ok je. Tiba-tiba, turn Kak Enni pula naik pentas. Aku lihat sahaja dia masuk kedalam dewan dan naik ke atas pentas. Sesudah dia turun dari pentas, aku mengangkat ibu jari tanda bagus sebagai ucapan tahniah untuk pencapaian kokurikulumnya. Dia tersenyum sahaja kepada aku. Tapi aku rasa senyuman tu memang ikhlas. Bila dah lama menunggu, akhirnya tiba anugerah paling tinggi hari tu untuk diumumkan. Anugerah Pengetua. Kami semua beratur disebelah dewan untuk menunggu giliran. Bila tiba nama aku disebut, aku naik ke atas pentas sambil mengambil sijil lalu turun dari pentas. Hari tu pun ada tayangan multimedia, Cikgu Malek nak tayangkan filem pendek aku tu. Haish, memang malu, nak ke taknak, terpaksa la buat. Hmmmmm.....