Halaman

Khamis, 9 Julai 2015

New chapter begun..

Assalamualaikum, selamat sejahtera

Hai, lama sudah tak update entri blog, since last entri bertarikh 16 Julai tahun lepas...hampir setahun..haha

Sekarang, sudah hampir 3 bulan memulakan hidup baru di Unisel, setelah apa yang terjadi pada diri ni di matrikulasi.

Buat pengetahuan anda yang membaca, kegagalan dekat matrikulasi sebelum ni, saya boleh jamin, bukan sebab minat saya dalam gitar. Boleh kira berapa kali je gitar dipetik setiap hari, itu pon kalau selalu, tiap kali petik atau main tak sampai 5 minit pon. Takde belajar apa lagu baru, takde perform ke apa dan capaian dunia luar, so jadi bosan main lagu yang sama. Buat mereka yg baru beginner dalam main gitar pasti faham apa yg saya ceritakan ni, yg tak main gitar or alat muzik, paham-paham kan je.

Dan saya jugak yakin, kegagalan dekat matrikulasi disebabkan pengurusan masa yg salah. Saya presiden kelab, nk belajar lagi, ajk malas buat kerja apa semua, terkejar kejar banyak perkara. Tapi yelah, orang mana nak nampak kan jasa kita pada perkara macam tu.

Tapi sebab kelab tu jugak, saya mula mengenal dunia muzik dgn lebih luas (taklah sempit pemikiran mcm sebelumnya) dan bawa saya ke tahap yang ada sekarang.

Buat masa ni, hidup dekat Unisel seronok, mula get along dgn housemates dan classmates. Tapi abah tak benarkan bawa gitar ke sana. Hmmm..dia kata dia takut jadi macam dekat matrikulasi dulu. Hmmmmmm

Tiada ulasan: