Halaman

Ahad, 3 Januari 2016

New 'Family'

Alhamdulillah..
Dengan berkat doa mak abah, usaha sendiri pon yg tak seberapa ni, Sem 1 aku memperoleh 4 flat untuk kedua-dua subjek...dan sekarang juga sedang menunggu keputusan peperiksaan Sem 2 secara rasmi di student portal..
Tapi Sem 2 ni, terasa amat lain... Mula rapat dengan orang yang aku tak jangka pon akan aku anggap macam keluarga dekat Unisel ni..
Terasa sangat kehilangan, terasa sangat pedih, terasa sangat seronoknya Sem 2 ni.. Tak tahu apa yg seronoknya, faktor2 kecil di Sem 2 ni bila digabungkan semua terasa amat bermakna..
Sekarang aku dah ada 'keluarga' baru di Unisel.. Asslam, Zafirah, Darwisy always sama-sama dengan aku.. Aku tak pernah terfikir pon aku boleh jadi serapat macam ni dengan diorang. Diorng always jadi penasihat aku dalam apa-apa, always kongsi idea apa-apa pon yang jadi.
Terima kasih jugak lah pada Mdm Hamidah disebabkan kelas Proficiency English dia kitorang start 'bonding'..cewah..haha..
Yang pasti aku taknak keseronokan dan kegembiraan yang aku alami Sem 2 akan berkekalan Sem 3 akan datang...

Khamis, 9 Julai 2015

New chapter begun..

Assalamualaikum, selamat sejahtera

Hai, lama sudah tak update entri blog, since last entri bertarikh 16 Julai tahun lepas...hampir setahun..haha

Sekarang, sudah hampir 3 bulan memulakan hidup baru di Unisel, setelah apa yang terjadi pada diri ni di matrikulasi.

Buat pengetahuan anda yang membaca, kegagalan dekat matrikulasi sebelum ni, saya boleh jamin, bukan sebab minat saya dalam gitar. Boleh kira berapa kali je gitar dipetik setiap hari, itu pon kalau selalu, tiap kali petik atau main tak sampai 5 minit pon. Takde belajar apa lagu baru, takde perform ke apa dan capaian dunia luar, so jadi bosan main lagu yang sama. Buat mereka yg baru beginner dalam main gitar pasti faham apa yg saya ceritakan ni, yg tak main gitar or alat muzik, paham-paham kan je.

Dan saya jugak yakin, kegagalan dekat matrikulasi disebabkan pengurusan masa yg salah. Saya presiden kelab, nk belajar lagi, ajk malas buat kerja apa semua, terkejar kejar banyak perkara. Tapi yelah, orang mana nak nampak kan jasa kita pada perkara macam tu.

Tapi sebab kelab tu jugak, saya mula mengenal dunia muzik dgn lebih luas (taklah sempit pemikiran mcm sebelumnya) dan bawa saya ke tahap yang ada sekarang.

Buat masa ni, hidup dekat Unisel seronok, mula get along dgn housemates dan classmates. Tapi abah tak benarkan bawa gitar ke sana. Hmmm..dia kata dia takut jadi macam dekat matrikulasi dulu. Hmmmmmm

Rabu, 16 Julai 2014

Pandangan Orang Terhadap Minat Muzikal

Hai, assalamualaikum...saya dah lama berfikir nak update blog tapi masih memikirkan apa topik saya nak bincangkan..memandangkan saya dalam kesibukan menanti maklum-balas kertas kerja kelab saya, jadi entri kali ni saya nak bercerita tentang minat kita terhadap sesuatu muzik...

Okay, sebelum tu saya nak beritahu, entri kali ni bukan bantahan terhadap sesiapa okay, bukan saya tak puas hati dengan sesiapa then saya tulis dekat blog, bukan macam tu...ini cuma pendapat saya, terhadap apa yang berlaku pada saya.

Saya pelik kenapa rakan-rakan saya selalu memperlekeh kan satu band ni, saya mention disini bukan nak kutuk, tapi saya sendiri peminat IamNeeta...bukan setakat minat biasa, but saya sendiri boleh kata terlalu minat juga terhadap band ni. Tapi saya pelik rakan-rakan saya selalu perlekehkan, kata IamNeeta ni macam tu la, macam ni la....

Bagi saya, band ni sangat unik, sebab dia mcm ada ciri 1Malaysia tu la.. (saya kata 1Malaysia tak bermaksud saya ni orang politik okay..) Saya minat sebab gabungan mereka. Dan kelainannya timbul bila saya meminati kesemua ahli band ni, tak seperti band lain yang saya minat, saya akan minat dan fokus pada satu-satu ahli band tu yang memainkan sebuah instrument (seperti saya, saya minat gitar jadi saya akan fokus pada gitaris dia saja) tapi tidak pada IamNeeta. Meminati band ni yang membuat kan saya ingin belajar bermain instrument lain seperti bass dan keyboard selain gitar akusik dan elektrik.

Saya minat Anas sebab kehebatan dia bermain bass, malah dia pernah beri sedikit nasihat pada saya mengenai perbezaan P-Bass dan J-Bass di Instagram.



Saya minat Patrick sebab kehebatan dia bermain gitar, dan aksessori gitar dia. Malah, gambar-gambar pedal dan pedalboard dia di Instagram menjadi rujukan bagi saya sekiranya saya bercadang nak membeli effect pedal bagi gitar.




Dan akhir sekali Neeta, saya kagum dengan dia sebab dia boleh bermain gitar sama ada right-handed atau left-handed. Satu kebolehan yang mungkin tak semua pemain gitar boleh ada. Dia juga boleh bermain keyboard, salah satu instrument yang saya plan nak belajar tapi tak tahu lagi bila..hahaha.

Sebab minat saya terhadap band ni, saya banyak save video-video mereka antaranya, cover-cover lagu yang NAR Records upload ke YouTube, muzik video mereka dan macam.

Cover lagu Red oleh Taylor Swift yang dimainkan oleh IamNeeta


Aksi Patrik sewaktu memainkan solo lagu Red

Cover lagu Hanya Kau Yang Mampu oleh Aizat

Cover Relakan Jiwa oleh Hazama

Patrik menggunakan Wah-wah pedal dalam cover Relakan Jiwa

Satu part riff yang saya rasa cool dalam cover Relakan Jiwa..haha

Ada rakan saya yang komen terhadap video cover mereka yang NAR Record muat naik tu, kata vokal Neeta tu tak sesuai nyanyi lagu ni, lagu tu, lagu ni.

Saya mula berfikir, Najwa Latif tu dulu sebelum dia muat naik video di YouTube, dia pilih dulu ke lagu yang sesuai dia nyanyi? Kalau ikut kesesuaian saya rasa takkan video dia sampai begitu banyak. Macam juga Ainan Tasneem, dan juga artis yang dikesan melalui YouTube ni, sehingga nama mereka naik di Malaysia ni.

Sebagai contoh, ada rakan saya yang komen mengenai cover IamNeeta, lagu Red oleh Taylor Swift. Kalau kata vokal Neeta tak sesuai nyanyi lagu tu, kenapa cover tu mendapat undian yang begitu banyak untuk mereka dipilih sebagai opening act bagi Taylor Swift Red Tour MY sedangkan saya rasa ada beberapa kumpulan band yang menyertai membuat cover tu pon tak terpilih walaupun band lain tu lebih kelihatan professional berbanding IamNeeta yang baru bertapak di industri muzik Malaysia. Dapat buat persembahan diatas pentas yang sama dengan artis antarabangsa.

Saya tahu saya masih baru lagi dalam perkara ni, saya baru setahun lebih dalam perkara sebegini, ada rakan saya yang lebih hebat daripada saya, tahu pelbagai teknik dan rules dalam muzik apa semua, naib presiden kelab saya lagi. Bila dia bercakap tentang muzik saya jadi segan, sebab saya serba kekurangan berbanding dia.

Tapi saya disini cuma menyatakan pendapat saya..mereka kata orang ni macam ni, orang tu macam ni, tapi boleh ke mereka ni capai pencapaian seperti orang yang mereka judge ni..??

Saya juga selalu baca update terkini dan bertanya soalan dalam group di FB, 'Peminat dan Pemilik Gitar Fender (Malaysia)' walaupun saya belum memiliki sebuah gitar Fender original, tapi saya dibenarkan mengikuti group tu untuk menimba ilmu dan berkongsi pendapat dengan abang-abang gitaris yang hebat-hebat, dan adayang pernah berkata pada saya

"Bila membincangkan isu tone/sound ianya terpulang kepada pemuzik itu.. kalau bagi dia tone/sound itu yang sedap itulah dia.. walaupun peralatanya murah. Dalam teknologi bunyi terlalu banyak perkara yg berkaitan.. gitar, effect, amp, jack cable, pick gitar, semua memainkan peranan.. jadi macam mana tone yang seseorang tu suka itu lah dia tone yang terbaik"

Saya sangat setuju dengan pendapat dia. Disini saya faham, seorang pemuzik tu perlu ada ciri dan karekter mereka masing-masing. Tak semestinya kita nak bangun, kita kena 100% tiru dan bergantung pada cara orang lain. Jadi dalam kes ni, saya sangat meminati IamNeeta kerana keunikan mereka, dan rakan-rakan saya tak sepatutnya judge IamNeeta dengan kritikan dan komen buruk sebab itu ciri mereka. Kalau tak suka, tak perlu sampai komen macam tu, perlekehkan macam tu. Sedangkan minat mereka saya tak pernah perlekehkan.


Mereka seperti terlalu membandingkan kehebatan artis Malaysia dengan artis luar. Saya rasa lebih baik banggakan artis di negara sendiri, bila ditanya sekurang-kurangnya saya dapat banggakan negara sendiri berbanding negara orang.

Saya tahu, saya ni banyaknya kekampungan, saya malu asalnya dengan kawan-kawan yang tahu dan kenal dengan pelbagai artis antarabangsa yang lain berbanding saya. Tak macam saya, kalau tengok koleksi lagu saya yang artis luar, banyaknya lagu Miley Cyrus, Hannah Montana, Billy Ray Cyrus, Taylor Swift (tu pon tak banyak), dan beberapa band di Amerika lain yang mungkin jarang disebut. 

Tapi macam kata-kata abang dari group di FB tu, setiap pemuzik ada cara dan minatnya masing-masing...tak perlu memperlekehkan minat orang lain sebab itu boleh dikategorikan sebagai tak menghormati pendapat dan minat seseorang.