Ahad, 22 Januari 2012
Last Life Chapter in 2011 with Sabak Bernam.....
Lama betul aku tak update blog ni. Kali ni, cerita start masa cuti Deepavali tahun lepas. Kena balik lambat pula sebab ada English Camp dekat KKB ankuran YS. Mulanya aku rasa macam tak seronok. Tapi bila difikirkan balik,nanti mesti jadi macam Kem Khalifah tahun lepas, dekat KKB jugak. Mulanya aku menyumpah seranah Cikgu Nazri asrama tu sebab senaraikan aku untuk pergi Kem Khalifah. Tapi second day masa Kem Khalifah, aku dah rasa macam tak nak balik hostel. Seronok gila dekat sana. So, masa English Camp ni pun samalah. Dahlah semua pelajar Form 3 tajaan YS datang. Maknanya budak-budak asrama daerah seluruh Selangor datang. Fuh...memang ramai. Tapi aku dapat juga jumpa kawan sekolah rendah aku. Nazreen and Faiz. Habis kem, kitorang semua balik asrama. Tapi umah esok pagi. Yelah, dah tengah-tengah malam, takkan nak terus balik rumah. Esoknya, aku pun balik rumah. Tapi nenek aku pulak nak kena pergi Mekah, nak buat haji lagi katanya. Tapi aku pulak kena balik asrama awal sebab ada lawatan. Last-last bapak aku tak kasi balik langsung. Dia suruh balik cuti Raya Haji. Mak uih, lama tu. Lebih seminggi. Bapak aku pun cakap, dah habis exam, buat apa nak duduk dekat asrama tu lama-lama. Aku pun ikut jelah cakap bapak aku. Dah la aku cuti lebih dari seminggu. Cuti Raya Haji seminggu plus Cuti Deepavali seminggu. Pastu tambah dengan Sabtu Ahadnya lagi. Fuh, dua minggu lebih. Bila aku balik Asrama, tahu-tahu je budak-budak cakap aku ada ambil anugerah esoknya. Aku pun pelik, balik-balik terus dapat anugerah, memang best. Malam tu, bukan main semangat aku, baju sekolah yang baru basuh dari rumah aq terus keluarkan sebab nak iron cantik-cantik. Esok pagi seperti yang dijangkakan, aku bersiap awal sikit daripada budak-budak lain. Dah semnagat giler aku. Haha. Sekali masa tengah duduk-duduk tunggu nama aku dipanggil, rupanya Kak Enni ada kat depan aku. Dia pun ambil angerah jugak. Anugerah KoKurikulum. Dia tegur aku, "minggu depan ada jamuan akhir tahun PSS tahu. Jangan lupa datang". Lama betul tak dengar suara dia. Aku tanya hari apa, katanya hari Khamis. Aku ok je. Tiba-tiba, turn Kak Enni pula naik pentas. Aku lihat sahaja dia masuk kedalam dewan dan naik ke atas pentas. Sesudah dia turun dari pentas, aku mengangkat ibu jari tanda bagus sebagai ucapan tahniah untuk pencapaian kokurikulumnya. Dia tersenyum sahaja kepada aku. Tapi aku rasa senyuman tu memang ikhlas. Bila dah lama menunggu, akhirnya tiba anugerah paling tinggi hari tu untuk diumumkan. Anugerah Pengetua. Kami semua beratur disebelah dewan untuk menunggu giliran. Bila tiba nama aku disebut, aku naik ke atas pentas sambil mengambil sijil lalu turun dari pentas. Hari tu pun ada tayangan multimedia, Cikgu Malek nak tayangkan filem pendek aku tu. Haish, memang malu, nak ke taknak, terpaksa la buat. Hmmmmm.....
Khamis, 24 November 2011
Planet Nibiru
Menyirap pulak bila baca pasal Planet Nibiru tu. Ade yg percaye lak tu. Ni aku nak cakap sikit. Kajian kate, planet tu akan melintasi orbit bumi dalam beberapa ratus tahun disebabkan diameter orbitnya yg sngat besar n bersilang dengan orbit planet lain dalam sistem suria termasuk bumi.....
cbe bayangkan, setiap planet mesti mempunyai sebuah bintang untuk dia mengelilinginya, contoh termudah, bumi yang mengelilingi bintang nya iaitu matahari, planet pula berputar disebabkan oleh graviti kutub bintangnya yang sentiasa berputar sekaligus mengekalkan kedudukannya dalam bentuk elips atau bujur.....tetapi, semakin jauh jarak sebuah planet dngn bintng nya, gravitinya semakin lemah....so, x mungkin ade planet yg diameter orbitnya terlalu-lalu bsar seperti yg dijangkakan oleh nasa mngenai orbit nibiru....kalau ada pun, dimanakan duduknya bintg untuk planet tersebut mengelilinginya..?? adaka ianya kedua terdekat selepas matahari, bintang Proxima Centauri, yang jaraknya lebuh kurang 4.2 tahun cahaya bermaksud 400000000000000 km dari bumi...kalau dikira, itu baru radius bagi orbit nibiru, jadi diameter nibiru berdasarkan jarak yg diberikan ialah 8.4 tahun cahaya atau 800000000000000 km....ianya 300000 kali ganda lebih besar daripada orbit planet neptune yg pling jauh dri matahari cuma 279000000 km sahaja
![]() |
| Laluan orbit Planet Nibiru bersilang dengan orbit planet yang lain. |
![]() |
| Gambaran perlanggaran Nibiru dan Bumi |
cbe bayangkan, setiap planet mesti mempunyai sebuah bintang untuk dia mengelilinginya, contoh termudah, bumi yang mengelilingi bintang nya iaitu matahari, planet pula berputar disebabkan oleh graviti kutub bintangnya yang sentiasa berputar sekaligus mengekalkan kedudukannya dalam bentuk elips atau bujur.....tetapi, semakin jauh jarak sebuah planet dngn bintng nya, gravitinya semakin lemah....so, x mungkin ade planet yg diameter orbitnya terlalu-lalu bsar seperti yg dijangkakan oleh nasa mngenai orbit nibiru....kalau ada pun, dimanakan duduknya bintg untuk planet tersebut mengelilinginya..?? adaka ianya kedua terdekat selepas matahari, bintang Proxima Centauri, yang jaraknya lebuh kurang 4.2 tahun cahaya bermaksud 400000000000000 km dari bumi...kalau dikira, itu baru radius bagi orbit nibiru, jadi diameter nibiru berdasarkan jarak yg diberikan ialah 8.4 tahun cahaya atau 800000000000000 km....ianya 300000 kali ganda lebih besar daripada orbit planet neptune yg pling jauh dri matahari cuma 279000000 km sahaja
Rabu, 23 November 2011
Novel.....
Sedih sangat because tak dapat jumpa Kak Enni lagi. Last meet masa Jamuan Akhir Tahun PSS. Hari tu pula hari Jumaat, nak kena balik awal sikit sebab nak kena bersiap untuk Solat Jumaat. Time nak keluar dari PSS tu masa nak balik, aku nak menangis pulak. Tahan je. Kalau ada siapa-siapa nampak aku time tu, muka aku masam sikit. Hahaha..... Tiba-tiba Kak Enni tegur aku dekat pintu PSS tu. Dia tanya, nak bawak balik limau sikit. Aku cakap boleh la. Tunggu la dulu dekat luar PSS tu. Bila dia keluar, nak bagi limau tu, dia senyum dekat aku. Aduuuhhh....teringat pulak masa kitorang mula-mula jumpa. Senyuman tu masih sama macam masa aku mula-mula kenal Kak Enni. And senyuman tulah yang buatkan kitorang berkenalan sampai sekarang. Balik nanti, aku nak siapkan satu novel pasal aku and Kak Enni. (Bawah ni covernya asal.Tak tahulah kalau ada perubahan sikit nanti.)
Aku pun tak tahu bila nak siap sebab pendrive aku haritu corrupt. Habis semua file hilang. Kena la format balik. Hilang semua manuskrip novel tu and dokumen-dokumen aku semua termasuk satu folder yang aku simpan segala gambar-gambar Kak Enni (hehe...).... Tapi manuskrip lama tu pun bukannya banyak sangat pun aku siapkan. Tak lebih tiga muka surat pun, hahaha.... Tapi tak apa, kalau novel dah siap, aku announce dekat korang........
Langgan:
Catatan (Atom)



