Halaman

Jumaat, 30 Ogos 2013

Lebih Baik Mati Kalau......

Lebih baik mati kalau hidup diberi kesenangan tapi tak nak menghargai
Lebih baik mati kalau hidup dikasihi tetapi mengambil kesempatan
Lebih baik mati kalau hidup disayangi tetapi tikam belakang
Lebih baik mati kalau hidup ditolong tetapi tak pernah nak berterima kasih
Lebih baik mati kalau hidup selalu mendatangkan masalah pada orang
Lebih baik mati kalau hidup terlalu nakkan kebebasan
Lebih baik mati kalau hidup taknak terkongkong langsung walau sedikit pun
Lebih baik mati kalau hidup tak nak pernah diuji langsung
Lebih baik mati kalau hidup tahu nakkan kebahagaiaan yang melampau
Lebih baik mati kalau hidup terlalu pentingkan diri sendiri
Lebih baik mati kalau hidup tak nak maafkan orang
Lebih baik mati kalau hidup asyik nak maki orang
Lebih baik mati kalau hidup tak pernah nak menghargai orang yang menyayanginya
Lebih baik mati kalau hidup asyik nak ikut KEPALA KAU JE!!!

Bukan nak sindir atau apa, siapa makan cili terasa pedasnya. Kalau tak pernah buat salah dengan salah dengan saya tak perlu risau apa-apa. Tapi jangan ambil hati kepada mereka yang terasa, ini sekadar nasihat. Dengan cara ini sahajalah saya boleh menasihati saudara. Fikir-fikirkanlah.....

Jumaat, 26 Julai 2013

#5BestFriendsThatILoveTheMost


Haha, aq dah lama sangat, sangat, sangat, sangaaaaaat aku tak update blog aku ni. Okay, sekarang ni, macam yang tertulis dekat title entry ni sekarang ni aku nak cerita.

___________________________________________________________


1. Haikal Emir

Haha, dia ni bestie yang paling aku sayang. Aku tak tahu macam mana nak cerita dari mana friendship kitorang mula, even though kita orang dah kenal since Form 1, tapi aku rasa kita orang mula rapat gila-gila sejak akhir Form 3. Kia orang makin lagi rapat bila masuk Form 4 dan kongsi minat yang sama, iaitu fotografi. Haha, aku ni tak berduit sangat, so aku selalu pinjam DSLR dia untuk merasa juga benda-benda macam ni. Walaupun kita orang tak sekolah di sekolah yang sama - I mean dia sekolah dia SUA, aku kan STARP - tapi kitorang rapat sangat dekat asrama. Most of the time, most of activity i'm do together with him. We're alreay like brothers. Hahaha .Kita orang pon menjawat dalam biro yang sama dalam pengawas dekat AYSSB. Tapi dia ketua biro, aku ni penolong ketua biro jer. Even kita orang hampir gaduh besar sebab aku marah kenapa Cikgu Nazri lantik aku jadi Penolong Ketua Biro dalam Biro Informasi dan Multimedia AYSSB, but at last aku sedar rupanya dia terasa, then aku sendiri minta maaf dekat dia. Aku pun tak nak friendship kita orang broken cuma sebab jawatan tak guna tu. Kita orang pon selalu share cerita macam-macam. Kalau lepas balik asrama tu, tak sah kalau tak bersembang. Hahaha. Dia pun selalu share dengan aku pasal teknologi, komputer n gajet-gajet ni. Means, kita orang have a lots of common. Haikal je la kawan lelaki aku yang always faham masalah aku. Dia selalu nasihat juga macam-macam, pernah nampak aku menangis sebab hal family and hal personal. Dia jugak orang yang paling aku percaya dekat asrama tu.

Time ni nak pergi Seminar PMR AYSSB.
Jamuan akhir tahun AYSSB 2012
Kita orang jadiOrientasi Pelajar Tingkatan 1 RKPYS Fasa 1 2013
Ni la kerja dia selalu....haha
Nak pergi AYSKL, Festival Sukan Yayasan Selangor 2012
Last hangout at 2012
Gambar candid sewaktu perlantikan Pengawas AYSSB 2013


2. Wan Nursharah Atikah

Haha, jangan ingat aku cuma kawan dengan budak-lelaki saja tahu. Wan ni, aku mula kenal waktu Sukan Tahunan Yayasan Selangor 2011, dan kita orang mula rapat waktu Aktiviti Selepas PMR YS; Kem Bestari Bahasa Inggeris YS 2011. Wan ni boleh kira sebagai kaunselor aku la. Bukan main rajin lagi dia menghantar flyers dekat aku even though sekolah kita orang merentas dua or tiga daerah di negeri Selangor ni, haha. Aku pun selalu jugak share cerita-cerita dengan dia ni. Selalunya cerita yang melibatkan perempuan la, sebab aku selalu tanya opinion dia kalau pasal benda-benda macam ni. Yelah, dia kan perempuan, so mesti la dia faham benda-benda macam ni. Aku pun bukan cerita pasal perempuan jer, boleh kata aku dengan Wan ni pun macam aku dengan Haikal. Kalau kita orang hangout sama-sama, bercerita macam-macam. Kalau dia da call aku, macam-macam kitorang cerita. Paling sekejap duration call kita orang kalau dah start bercerita tu minimum 1 jam, hahaha. Paling teruk pun, Wan pernah dengar aku menangis jelah, pasal time tu tengah on the phone dengan dia, cerita pula pasal problem aku. Dia pun dah selalu dengar celoteh aku, masalah aku, dan macam-macam la. Wan ni pun seorang pendengar yang setia, dia tak cepat bosan kalau sesorang tu tengah bercerita dekat dia. Dia akan dengar sampai habis dulu apa yang orang tu akan cakap, then lepas tu kalau dia nak bantah ke, nak bagi opinion ke, dia akan suarakan selepas orang tu habis bercerita.

Hangout 2012....junior dia semua cakap aku handsome gila bila Wan tunjuk gambar ni.
Hangout 2012......




3. Fathini Hadheera


Hahaha, budak ni pulak antara bestie aku yang paling muda. Aku dengan dia ni beza 3 tahun. Kenal pun baru tahun lepas, itu pun start rapat dekat Twitter, hahaha, dia ni antara TwitterBestie aku la jugak. Budak ni pun selalu kena 'tenging' dengan aku, hahahahahaha. Si Thini ni pun antara my ultimate counselor. Hahaha, aku selalu share problem aku dengan dia. Tahun ni aku rasa aku paling banyak share masalah dekat dia. Dia pun bagi semangat dekat aku jugak untuk teruskan hidup ni. Haha, biasalah kan, sometimes, problem leads us to do something beyonds the limits kan. Hahaha, entahlah. Thini ni banyak tolong aku macam-macam. Tolong selesaikan masalah aku, bagi kata-kata semangat dan macam-macam lah. Kadang-kadang aku rasa macam banyak sangat terhutang budi dengan Thini, sebab dia tolong aku perkara yang aku rasa penting bagi aku. Kalau kau baca entry ni, Thini, thanks a lot tahu untuk semua yang kau buat.

4. Fakhrul Arifin.


Hahaha, nama glamour dia ni, Ipin. Ipin ni lak selalu teman kan jugak la. Kadang-kadang kalau si Haikal tak ada dekat asrama, aku cari si Ipin ni. Haha, tapi dia ni gatal sikit la. Suka mengurat perempuan. Sampai Syahira Idayu pun asyik-asyik kirim salam dekat si Ipin ni. Ipin ni pun antara pewaris aku dalam Biro Informasi dan Multimedia dekat asrama tu. Si Ipin ni, kalau baiknya, tak boleh nak gambarkan dengan kata-kata, kalau aku tumpang dia time balik dari asrama, sanggup tumpang kan aku dan turunkan aku depan rumah aku. Wah, kawan lain tak ada nak buat macam. But Haikal mesti la ada buat jugak, tapi aku cuma jarang tumpang Haikal. Hahahaha.


5. Aizat Shafei


Hahahahahahaha, dia ni pulak, nama glamour Megi. Si Aizat ni teman study Chemistry aku. Dekat asrama tu, From 5, ada beberapa orang yang top dalam subjek Chemistry ni, firstly aku, then Aizat, Abdul Hadi dan Aiman Syafiq. Selalunya kalau dia nak study Chemistry, aku la orang yang dia cari. Hahahahah, lawak jugak rasanya, macam la si Aiman tu tak boleh ajar dia, tapi Aizat cakap yang Aiman ajar laju. Hahaha, so maknanya cara aku lebih mudah difahami oleh dia. Hahahaha.






Fasilitator Orientasi Pelajar Tingkatan 1 RKPYS Fasa 1 2013.

So, tak kisah la macam mana rupa kawan aku, macam mana gaya kawan aku, apa jantina kawan aku, they're always be my best friend forever. Kawan tak mengenal rupa, kawan tak mengenal jantina, kawan mengenal taraf atau kekayaan. Kalau kita ikhlas berkawan dengan seseorang, kalau kita ikhlas menolong kawan-kawan, insyaAllah, Allah akan balas balik pada kita apa yang kita telah beri pada mereka. Pada aku, mereka ni semua bukan sekadar kawan biasa, but mereka ni merupakan sahabat terbaik yang pernah aku ada. Aku sayang korang semua.

Rabu, 26 Disember 2012

Segalanya berkaitan Torrent

PERHATIAN. BACA SEMUA YANG TERTULIS DALAM ENTRI NI KALAU KORANG NAK BETUL-BETUL FAHAM. KALAU VIDEO PON, VIDEO LAH. KALAU TAK JADI, JANGAN SALAHKAN AKU

Sebelum tu, korang kena tahu istilah-istilah yang digunakan dalam Torrent ni.
Seeders : Individu yang mempunyai 100% fail yang diperlukan dan berkongsi fail tersebut dengan memuat naik sepenuh masa.
Leechers : Individu yang mementingkan muat turun daripada berkongsi dengan memuat naik.

Torrent ni sebenarnya perkhidmatan perkongsian fail, macam 4shared. Dalam masa yang sama kita muat turun, kita berkongsi fail tersebut dengan orang lain yang turut memuat turun fail yang sama. Tetapi, perkhidmatan Torrent memuat turun fail dalam satu cara, fail dipecah-pecahkan kepada bahagian-bahagian dan muat turunnya bukan mengikut susunan pecahan fail. Senang cerita macam ni, contoh korang download perkataan SELAMAT dari Torrent, Torrent akan mencari server terdekat yang mempunyai, kalau dapat huruf T dulu yang dia jumpa, T yang yg dimuat turun dulu, lepastu mungkin L, mungkin lepastu A..bukan macam muat turun biasa yang memuat turun ikut susunan fail, macam S dulu, lepastu E, lepastu L, leapstu A, M, A, dan T.. senang cerita, korang tengok video ni


Selalu orang tanya aku macam mana nak guna torrent...ni dia aku ajar.. mula-mula :-

1. Firstly, korang kena ada torrent client, client ni macam download manager la. Torrent ada banyak cilent, contoh, uTorrent, BitTorrent dan sebagainya. Tapi yang aku biasa guna uTorrent. Klik disini untuk memuat turun uTorrent.



2. Muat turun fail pemasangnya dan install seperti software biasa.

3. Lepas tu, cari fail .torrent yang korang nak download tu, contoh korang nak download album artis, taipkan nama album tu, dan tambahkan nama torrent dibelakangnya. Atau senang cerita korang bole cari fail torrent tu di laman kat.ph. Klik disini utk pergi ke laman kat.ph

Cari fail .torrent di Google
Cari fail .torrent di laman kat.ph
4. Untuk tutorial ni, memandangkan korang pun beginners dalam torrent ni, aku gunakan laman kat.ph untuk memudahkan korang. Pilih fail torrent yang korang nak download tu, pastikan seeders jangan sampai 0. Klik pada nama fail tersebut untuk muat turun.


5. Selepas klik, satu page memaparkan senarai fail yang korang bakal muat turun nanti, klik pada button "Download Torrent". Selepas itu, satu fail akan dimuat turun yang mempunyai sambungan belakang .torrent. Fail itu penting untuk memuat turun album yang korang nakkan tadi.
Muka muat turun

Pengesahan muat turun dari Firefox.

Fail sedang dimuat turun.
Klik kanan, dan klik "Open Containing Folder" untuk mengetahui kedudukan fail tersebut, (jika perlu.)
6. Selepas itu, buka program uTorrent, dan klik pada barisan atas, kiri sekali "Add Torrent"
Kilik "Add Torrent" untuk memulakan muat turun.
Dialog box yang meminta anda tentukan dimana fail .torrent tadi disimpan. Buka fail .torrent yang dimuat turun tadi.
Box yang menunjukan informasi berkenaan fail yang ingin dimuat turun. Jika selesai, Klik "OK" pada hujung kanan box itu.
Muat turun dimulakan
7. Selepas muat turun selesai, anda akan melihat tanda "Seeding" pada status muat turun, ini kerana anda telah menjadi 'Seeders' dan mempunyai 100% fail tersebut. Anda boleh berkongsi fail tersebut dengan menjadi 'Seeders' nya tetapi itu memerlukan sambungan internet yang berterusan. Anda boleh mengklik "Stop" untuk menghentikan 'seeding'.
uTorrent menyatakan anda sedang 'seeding' fail tersebut.
Klik "Stop Torrent" untuk menghentikan 'seeding'.
Muat turun selesai.
Klik kanan padanya dan klik "Open Containing Folder" untuk membuka folder yang mengadungi fail yang anda muat turun tadi.
Selesai. Windows memaparkan folder yang mengandungi fail yang anda muat turun tadi.

Selesai. Jika ada sebarang masalah, hubungi saya di Facebook, atau emel di mzulfiqor@yahoo.com.my